Badrul mengumumkan dua nama bagi kerusi naib ketua, Dr Nicholas J Gantobon dari Sabah dan Yunus Jamhari dari Perak.
AMK menawarkan tiga kerusi naib ketua.
“Nama-nama lain akan diumumkan dalam waktu terdekat bersama manifesto barisan kami... senarai bukan tidak lengkap, tetapi terlebih lengkap, ada banyak nama yang layak bertanding dan kami memerlukan sedikit masa untuk berbincang,” kata Badrul Hisham pada sidang media di sini petang ini.
Sidang media itu turut dihadiri Naib Presiden Keadilan Mustaffa Kamil Ayub yang telah mengumumkan mahu bertanding jawatan timbalan presiden.
Semua mereka yang dicalonkan perlu memaklumkan penerimaan pencalonan pada Sabtu ini.
“Pemilihan ini adalah kami ibaratkan ‘biduk lalu kiambang bertaut’, ini adalah satu proses untuk memilih satu pasukan kepimpinan parti untuk memperkukuhkan parti.
“Pada hemat kami, Anwar Ibrahim akan dipenjara. Pada hemat kami krisis ekonomi dunia akan merebak ke tanah air kira. Pada hemat kami, adu domba perkauman akan terus ditingkatkan.
“Semua ini adalah krisis. Dalam krisis yang akan datang tidak lama lagi ini, kita memerlukan kepimpinan yang kukuh, ampuh dan setia,” kata Ketua PKR Rembau ini.
“Justeru, dengan sokongan anak-anak muda dari Perlis hingga ke Sabah, dari Rembau hingga ke Permatang Pauh, dari Beruas hingga ke Bintulu.
“Dari Kemaman hingga ke Kuching. Dari Seremban hingga ke Sarikei - saya dengan rendah hati menawarkan diri saya untuk bertanding sebagai ketua AMK dan Chang Lih Kang selaku timbalan ketua AMK serta yang lain-lain mengisi jawatan selaku naib-naib dan Exco,” katanya.
Justeru kerana itu, kata Badrul Hisham, pihaknya akan terus bersetia kepada parti dan pucuk pimpinan dan kepada gerakan anak muda.
Mengenai peluang kemenangan, Badrul Hisham berkata, dengan sokongan daripada pelbagai pihak dalam dan luar parti, “saya yakin dengan peluang kemenangan.”
“Tetapi peratusan sokongan, saya tidak dapat nyatakan, tetap berdasarkan sokongan yang diberikan saya boleh menang,” kata beliau sambil berkata, menerima lebih 50 pencalonan.
Mengenai kemungkinan saingan daripada dua calon lain, Badrul Hisham berkata, “kami tidak bersandarkan siapa yang akan bertanding dan berapa ramai yang akan bertanding.
Selain beliau, dua nama yang turut dicalonkan ialah Rafizi Ramli dan penyandang Shamsul Iskandar Mohd Akin.
“Kami meletakkan asas perjuangan kami iaitu mahu memperkasakan parti,” kata beliau yang membacakan kenyataan media dengan berkata “saya menyokong pencalonan Azmin Ali, saya menyokong pencalonan Khalid Ibrahim, saya menyokong pencalonan Mustaffa Kamil Ayub.”
“Mereka adalah induk pucuk pimpinan Keadilan, ketrampilan mereka adalah ketrampilan Keadilan, kekuatan mereka adalah kekuatan Keadilan,” katanya.
Kata beliau, pihaknya menjemput kesemua pemimpin Keadilan hadir tetapi tidak semua hadir mungkin disebabkan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Dalam pada itu Chang pula berkata beliau memutuskan untuk menyertai pasukan Badrul Hisham dan bersedia bertanding timbalan ketua kerana mahu menerima tanggungjawab berat sayap itu.
“Saya mahukan tanggungjawab yang lebih berat, sebab itu saya menerima tawaran jawatan timbalan ketua dalam pasukan Chegubard,” kata beliau yang menafikan keluar dari barisan Rafizi kerana tidak ditawarkan peluang bertanding nombor dua AMK.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/