SharpShooter Followers

Friday, October 08, 2010

Sedikit teguran buat Suara Keadilan Online

Oleh Suara Keadilan

KonspirasiRahimiApabila seseorang itu tiba-tiba muncul di khalayak ramai berpakaian kot dan dengan pasukan peguamnya sendiri untuk mengadakan sidang akhbar,selepas dua tahun menghilangkan diri, kita harus berasa sangsi.

Ini kerana semuanya itu memerlukan wang dan bantuan logistik pihak tertentu.

Justeru, kehadiran Rahimi Osman yang tampil membuat laporan polis dengan pasukan peguamnya sendiri membangkitkan satu persoalan menarik.

Siapakah dalang di belakang bekas pembantu Anwar Ibrahim itu yang sebelum ini hanya bergaji RM3,000 tapi kini mampu mempunyai pasukan peguam dan mengatur sidang medianya sendiri.

Tangan siapakah yang mengatur untuk Rahimi mengubah nada, selepas bersumpah dua tahun lalu bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor terbabit dalam konspirasi menjatuhkan Anwar menerusi satu lagi tuduhan liwat.

Semalam, Rahimi mendakwa beliau telah dipaksa oleh orang-orang Anwar termasuk peguam Lateefa Koya untuk menandatangani kenyataan bersumpah itu di sebuah hotel di Shah Alam.

Rahimi nampaknya mempunyai kemampuan luar biasa untuk mengatur sidang akhbar bertempat di sebuah restoran di Kelang, Selangor semalam.

Pasukan media beliau juga mengatur untuk wartawan dan jurufoto berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Kelang untuk Rahimi membuat laporan polis untuk menarik balik dua akuan bersumpah yang dibuatnya sebelum ini.

Sidang media yang menyusul bagaimanapun terpaksa dibatalkan kerana sekumpulan orang melarang Rahimi dan peguamnya untuk memberi sebarang kenyataan.

Kenapa Rahimi menyepi selama ini dan tiba-tiba muncul untuk menafikan kenyataan bersumpah yang dibuatnya lebih dua tahun lalu? Adakah ia berkait dengan pendakwaan terhadap Anwar di Mahkamah Tinggi semakin rapuh, khususnya selepas hubungan sulit antara pengadu Saiful Bukhari Azlan dan seorang timbalan pendakwaraya didedahkan?

Selain itu laporan doktor juga mendapati tidak ada kesan tusukan pada dubur Saiful untuk menyokong dakwaannya bahawa beliau mangsa liwat.

Sebelum membuat laporan polis semalam, Rahimi sepatutnya menjadi saksi penting peguambela Anwar untuk membuktikan pembabitan Najib dan Rosmah berhubung tuduhan-tuduhan liwat yang dibuat oleh Saiful.

Ini kerana dalam kenyataan bersumpahnya dua tahun lalu, beliau mengaitkan Najib dan Rosmah kepada konspirasi untuk menjatuhkan Anwar menerusi dakwaan fitnah yang dibuat oleh Saiful.

Penafian Rahimi atas akuan sumpahnya yang dibuat dua tahun lalu tentu sekali lagi menyempitkan lagi ruang Anwar untuk membela diri.

Dalam pada itu calon untuk timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat Zaid Ibrahim menafikan beliau adalah dalang di belakang Rahimi.

Beliau mencabar pihak yang membuat tuduhan itu untuk mengemukakan bukti.

Zaid yang lantang mengkritik Anwar dalam kehangatan pemilihan parti, bagaimanapun mahu pihak polis menyiasat dakwaan terbaru Rahimi kerana “mungkin ia betul, mungkin tidak”.

Blog-blog tertentu mendakwa Rahimi selama ini telah “dibela” oleh Soh Chee Wen, seorang jutawan yang disifatkan sebagai pengurus dana kempen Zaid dalam pemilihan PKR. - Sumber Suara Keadilan Online.


Sharpshooter - Memang tidak bersetuju dengan kenyataan Zaid Ibrahim yang kian hari kian meraban tetapi dalam masa yang sama sharpshooter juga tidak bersetuju dengan Suara Keadilan Online milik rasmi Parti Keadilan Rakyat yang sepatutnya berkecuali dan lebih neutral laporannya supaya tidak dilihat memihak kepada calon tertentu.

Berbeza dengan blog peribadi seperti sharpshooter atau blog atau laman web milik peribadi ahli Keadilan. Kita mahu Suara Keadilan Online milik rasmi Parti Keadilan Rakyat berlaku adil dalam laporan apatah lagi semasa kempen pemilihan.


Sharpshooter tahu dan memang ada kebenarannya apa yang dilaporkan tetapi adalah lebih afdal jika tuduhan atau dakwaan itu disertakan dengan bukti.

Rahimi memang wajar diserang habis-habisan tetapi dalangnya juga wajib didedahkan dan sekiranya beliau adalah ahli Keadilan, beliau wajib dipecat dari Parti Keadilan Rakyat sekiranya terbukti benar beliau adalah salah seorang yang menjadi dalang kepada dakwaan Rahimi.


"Kita bukan sahaja mahu melihat keadilan tetapi kita mahu melihat keadilan itu terlaksana"

Walau bagaimanapun ucapan syabas dan tahniah wajar diberi kepada Suara Keadilan Online yang berwajah baru dan lebih segar serta ceria penampilannya. Memang menarik dan teruja dengan penampilan terbarunya.

Teruskan perjuangan memastikan Galas dapat dipertahankan milik Pakatan Rakyat dan misi menawan Putrajaya akan berjaya. InsyaAllah...Sivagi The Boss.




* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/