SharpShooter Followers

Sunday, October 17, 2010

Chegubard calon bebas

Oleh Mat Zahari Ali

PETALING JAYA: Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Badrul Hisham Shaharin yang mengumumkan bertanding merebut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) menerima baik tindakan penyandang Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang memutuskan untuk mengekalkan jawatan beliau.

"Saya raikan penyertaan Shamsul," jelas ringkas beliau ketika dihubung FMT.

"Seperti yang pihak saya ucapkan ketika sidang media sebelum ini kami menerima dan menyokong semua calon Timbalan Presiden sama ada Zaid Ibrahim, Mustafa Kamil Ayub atau pun Azmin Ali.

"Saya tidak ditaja atau dibayangi oleh sesiapa kerana saya berpegang kepada kebebasan dan ketelusan yang dilakukan oleh parti.

Saya adalah calon yang bebas dari tajaan mana-mana pihak," ujar beliau lagi.

Menurut Badrul yang lebih dikenali dengan Chegu Bard berkata AMK perlukan haluan baru dalam usaha membantu parti memenangi lebih banyak kerusi dalam pilihan raya akan datang.

Hampir 70% pengundi muda

Katanya, walaupun sekarang sebanyak 204 cabang PKR di seluruh negara tetapi hanya 163 sahaja cabang berdaftar yang mempunyai AMK.

Manakala tidak sampai 50 cabang yang berjaya membuat pencalonan lengkap ketika pemilihan pencalonan yang berakhir 3 Oktober lalu.

"Kelemahan ini perlu di atasi segera kerana dalam pilihan raya umum akan datang hampir 70 peratus pengundi merupakan pengundi muda dibawah umur 40 tahun."

"Kita tak mahu pemimpin yang terlalu banyak berpolitik sedangkan hak-hak asas untuk memperkukuhkan AMK di semua peringkat kurang di beri tumpuan," kata beliau lagi.

Dalam pada itu, Shamsul yang menerima 65 pencalonan untuk jawatan Naib Presiden dan 38 pencalonan Ketua AMK memilih untuk mempertahankan jawatan beliau walaupun sasaran beliau sebelum ini untuk jawatan Naib Presiden.

Sharpshooter - Chegubard difitnah kononnya menerima RM400 ribu dari Zaid Ibrahim. Siapa yang buat fitnah ini? jawabnya penyokong Azmin Ali semasa berkempen di Perak. Begitu juga dengan kononnya ada sipulan ini dapat RM20 ribu, sipulan itu dapat RM10ribu dari Zaid Ibrahim tetapi itu semua hanya cerita yang direka tanpa ada bukti.

Kita diajar dan dididik supaya mempunyai bukti jika mahu menuduh orang lain. Tetapi sayangnya ada juga orang Keadilan percaya dengan fitnah ini tanpa merujuk dan menyiasat cerita ini dan tanpa bertanya kepada orang yang kena fitnah.

Kepada yang suka membawa fitnah, insaflah..jangan ada pula yang menyambung fitnah ini kepada orang lain sedangkan dia sendiri pun tidak pernah melihat bukti dan menyiasat terlebih dahulu berita tersebut.

Berkempenlah secara sihat..terangkan apa agenda yang mahu dibawa serta visi dan misi bukannya memfitnah orang lain. Bukankah fitnah itu lebih teruk dari membunuh?


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/