KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat Malaysia keturunan Cina bukan pendatang sebaliknya adalah warga setia negara ini.
Perdana Menteri itu berkata, kata-kata hinaan dan sentimen negatif seperti itu perlu dikikis.
“Saya setuju dengan anda bahawa kaum Cina Malaysia tidak boleh digambarkan sebagai kaum pendatang.
“Itu mungkin bagi beberapa generasi sebelum ini tetapi hari ini, anda adalah warga Malaysia yang setia,” katanya ketika merasmikan perhimpunan agung tahunan MCA ke-57 di Wisma MCA di sini.
Beliau berkata, dengan melihat ke depan, semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan kepercayaan perlu bekerjasama bagi menyumbang ke arah membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara progresif.
Katanya, semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh orang-orang tua dahulu perlu diteruskan agar Malaysia akan terus bertambah kukuh dan dapat bersaing di arena global.
“Impian saya agar Malaysia menjadi negara maju abad 21 yang benar-benar berkelas tinggi. Bukan negara sederhana kelas kedua tetapi menjadi antara negara maju yang terbaik di dunia,” katanya.
Najib berkata, kerajaan serius dengan inisiatif transformasi seperti Model Baru Ekonomi, Pelan Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Kesepuluh dan semua ini tidak berguna tanpa mendapat sokongan rakyat.
“Itu sebab saya nak sangat kemenangan pada pilihan raya umum ke-13. Kita tidak boleh mentransformasi (negara ini) kecuali kita mendapat mandat baru (daripada rakyat) dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
“Ini merupakan sebahagian daripada usaha mentransformasikan Malaysia,” katanya. - Bernama
Sharpshooter - Ini dinamakan ayat bila tiba waktu pilihanraya. Najib hanya berani bercakap sedemikian hanya di depan orang Cina tetapi apabila Najib bercakap di depan orang Melayu, Najib akan kata Cina adalah pendatang.
Bukankah ini hipokrit namanya. Talian hayat UMNO sekarang hanyalah bergantung pada isu perkauman dan agama serta bergantung pada lubang jubor Saiful.
Rakyat tidak pernah lupa najib juga pernah berkata "Kita akan basahkan keris ini dengan darah Cina pada tahun 1987 ketika Najib sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Menunggu reaksi PERKASA..he..he..
Mahathir juga pernah halau orang Cina supaya balik ke Negeri China..kalau tak percaya tonton video di bawah ini...selamat menonton...
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Wan Rosdy: Insentif Kecemerlangan Pendidikan, Kerajaan Pahang Sedia
Peruntukkan Sebanyak RM1 Juta
-
*RAUB*: Kerajaan Negeri Pahang menyediakan insentif RM1 juta buat golongan
muda yang cemerlang dalam pendidikan.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Diraja ...
4 hours ago