SharpShooter Followers

Sunday, October 17, 2010

Tahniah Wan Azizah kekal Presiden

Presiden Parti Keadilan Rakyat Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berjaya mengekalkan jawatannya apabila tiada calon lain yang menyerahkan borang bagi mencabar kedudukannya itu selepas tempoh penghantaran borang tamat.

Timbalan Setiausaha Agung Keadilan, Sharifah Shahidah berkata, setakat pukul 6 petang semalam Wan Azizah merupakan itu merupakan satu-satunya calon bagi jawatan itu. "Secara keseluruhannya, Majlis Perwakilan Pusat (MPP) menerima 158 pencalonan, Angkatan Muda Keadilan (AMK) (76) dan Wanita (59)," katanya.

Sementara itu seperti dijangkakan bagi perebutan jawatan yang paling sengit iaitu Timbalan Presiden, tiga calon utama sah bakal bertanding iaitu Naib-Naib Presiden Mohamed Azmin Ali dan Mustafa Kamil Ayub serta Pengerusi Keadilan Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zaid Ibrahim.

Seramai 19 calon pula menawarkan diri merebut jawatan Naib Presiden termasuk Nurul Izzah Anwar, Abdullah Sani Abdul Hamid, Chua Tian Chang, Dr Xavier Jayakumar, Fuziah Salleh, Jonson Chong, dan N. Gobalakrishnan.

Bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), penyandang iaitu Shamsul Iskandar Mohd Akin dicabar oleh Badrul Hisham Shaharin.

Sementara itu, Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin berdepan dengan dua pesaing untuk memegang jawatan tersebut. Mereka terdiri daripada Animah Ferrar dan Suraya Sudin.

Menurut Sharifah, keputusan tidak rasmi akan dikeluarkan sebelum pukul 6 petang ini (Ahad). Katanya, calon-calon terbabit boleh membuat sebarang bantahan dan tarik diri atas sebab-sebab disiplin pada 18-20 Oktober. "Selepas itu, pihak jawatankuasa pemilihan parti akan memproses bantahan dari 21 hingga 24 Oktober ini," katanya. Tambah beliau, senarai muktamad akan dikeluarkan pada 24 Oktober ini dan proses pemilihan parti pada 29 Oktober ini.

Berikut merupakan senarai terkini penerimaan pencalonan semalam.

PRESIDEN

1) Wan Azizah Wan Ismail

TIMBALAN PRESIDEN

1) Mohamed Azmin Ali

2) Mustafa Kamil Ayub

3) Zaid Ibrahim

NAIB PRESIDEN (19 CALON)

Abdullah Sani Abdul Hamid, Ansari Abdullah, Baru Bian, Chua Tian Chang, Dominique Ng Kim Ho, Dr Xavier Jayakumar, Fuziah Salleh, James Ghani, Jimmy Donald, Jonson Chong, Mansor Othman, Mohd Yahya Sahri, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff, N. Gobalakrishnan, Nurul Izzah Anwar, S. Manickavasagam, Saiman Marjuki, Sivarasa Rasiah Suresh, Kumar a/l Ramachandran dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (135 pencalonan)

KETUA AMK

1) Badrul Hisham Shaharin

2) Shamsul Iskandar Mohd Akin

TIMBALAN KETUA AMK

1) Khairul Anuar Ahmad Zainudin

2) Chang Li Kang

NAIB KETUA AMK

Abdul Yunus Jamhari, Azmizam Zaman Huri, Chan Ming Kai, Erviana Ansari, Farhash Wafa Salvador, Lee Khai Loon, Mohd Nazree Mohd Yunus, Nicholas Guntobon, Rozan Azen Mat Rasip, S. Kesavan, Sivam a/l Veeramuthu dan Ahli Majlis Pimpinan AMK Pusat (61 pencalonan)

KETUA WANITA

1) Animah Ferrar

2) Suraya Sudin

3) Zuraida Kamaruddin

TIMBALAN KETUA WANITA

1) Rodziah Ismail

2) Asmah Abd Kadir

NAIB KETUA WANITA (9 CALON)

Aishah Lamsah, Begum Jan, Felicia Ling, Gan Pei Nei, Haniza Talha, Noorsham Abu Samah, Rosmah Suly, Rozaini Mohd Rosli, Salma Ismail dan Ahli Majlis Pimpinan Wanita Pusat (45 pencalonan)

Lawan Tetap Lawan.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/