KUALA LUMPUR 21 Okt - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Mukhriz Mahathir terpaksa mengakui kecekapan Selangor, Pulau Pinang dan Kedah yang diperintah pakatan Rakyat sebagai tiga negeri yang paling tinggi merekodkan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) berbanding negeri yang ditadbir Umno-Barisan Nasional.
"Dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, antara lima negeri yang menerima FDI tertinggi adalah Selangor, Johor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.
"Negeri yang paling tinggi menerima kemasukkan FDI adalah selangor dengan pelaburan sebanyak RM5.66 bilion, yang kedua tinggi adalah Johor iaitu di bawah kerajaan Umno-BN, yang ketiga dan keempat adalah Pulau Pinang dan Kedah manakala Perak pula di tempat yang kelima.
"Ini membuktikan bahawa kerajaan Umno-BN tidak pilih kasih dan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Mida) terus menjalankan tugas mereka untuk mengalakkan pelaburan," kata beliau menjawab soalan lisan Ahli Parlimen yang meminta penjelasan berhubung isu pengaliran FDI negara yang merosot 81 peratus tahun lepas.
Walaupun tidak dapat menutup kekecewaannya bahawa negeri-negeri Pakatan Rakyat lebih menarik bagi pelabur, Mukhriz tetap membuat dakwaan kononnya pemimpin Pakatan Rakyat memburukkan nama Malaysia di luar negara sehingga wujud rasa kurang senang di kalangan pelabur.
Bagaimana dakwaan tersebut dilihat tidak selari dengan kejayaan tiga negeri Pakatan Rakyat yang berjaya menarik FDI berbanding 9 negeri yang masih lagi di bawah Umno-BN yang dilihat lesu dalam usaha membawa pelaburan baru ke negeri masing-masing.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
MetMalaysia: Hujan Berterusan Tahap Buruk Di Negeri Terengganu, Pahang Dan
Kelantan Hingga Sabtu
-
*PETALING JAYA:* Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan
amaran hujan berterusan tahap buruk yang dijangka melanda beberapa negeri
di Semena...
8 hours ago