
Berita dari Suara-Keadilan Online
Oleh Fazli Othman |
![]() Pada sidang media yang diadakan di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) tengahari tadi, Amizudin menjelaskan pada ketika itu, beliau bersama-sama dua individu lagi iaitu bekas pemandu Rahimi, Dzulimran Mohd Nasar dan Zulkifli Ibrahim yang juga merupakan Exco Pemuda AMK menemani Rahimi ke Quality Hotel di Shah Alam pada malam 28 Jun 2008. "Kemudian, saya jumpa Saiful Izham dan beliau telah meminta saya dan Zulkifli Ibrahim menemani Rahimi di Hotel Quality kerana bimbang apa yang berlaku pada 1998 kepada beberapa staf Datuk Seri Anwar Ibrahim dimana mereka ditahan oleh pihak cawangan khas atau polis dan dipaksa untuk membuat pengakuan."
"Pada malam 29 Jun 2008 pula, Rahimi mengajak kami menonton perlawanan bola sepak 'Final Euro Cup' dengan menaiki keretanya yang dipandu oleh pemandu peribadinya Dzulimran di Seri Pentas, Damansara." "Selepas itu, kami juga pergi minum di satu kedai mamak sebelum pulang ke hotel, kami bersama Rahimi daripada 28 Jun sehingga 1 Julai 2008," jelas beliau dalam sidang media tersebut. Malah katanya lagi, Rahimi juga memperkenalkan ahli keluarganya kepada kami ketika berada di hotel tersebut. Lagi berita di sini.
"Keterangan ketiga-tiga saksi ini adalah bertentangan dengan apa yang dilaporkan oleh Rahimi. Ini bermakna, apa yang dinyatakan oleh beliau adalah tidak benar. "Apa yang menghairankan, mengapa Rahimi mengambil masa dua tahun untuk menukar akuan sumpah yang beliau buat dahulu," soal beliau.
Menurut Latheefa, bagi dua akuan sumpah seorang lagi bekas pembantu Anwar, Rasid yang turut menukar akuan sumpahnya semalam telah disediakan oleh peguam beliau, Saiful Izham Ramli manakala akuan sumpah yang kedua telah disediakan oleh beliau sendiri. "Untuk akuan sumpah yang pertama ianya telah disaksikan oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong yang merupakan Pesuruhjaya Sumpah pada ketika itu. "Ketika disoal oleh pihak polis, saya telah menyatakan dengan jelas bahawa Choo Keong menjadi Pesuruhjaya Sumpah kepada akuan sumpah yang pertama manakala akuan sumpah yang kedua pula oleh peguam, S Selvarajah.
Dalam pada itu, Surendran turut meminta pihak polis mengambil tindakan terhadap Rahimi dan Rasid (Rosdi) yang secara jelas telah melanggar undang-undang di bawah seksen 199 kanun keseksaan, di mana mereka telah membuat akuan sumpah palsu. Semalam Rasid Rosdi, seorang lagi bekas pembantu Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan di balai polis Shah Alam, mendakwa akuan bersumpah yang ditandatanganinya pada 2008 dibuat secara paksaan. Rasid berkata beliau menurunkan tandatangannya kerana risaukan keselamatan diri dan keluarganya.
Semalam, Wee enggan mengesah atau menyangkal dakwaan balas bahawa Rahimi tidak dipaksa atau dikurung. Wee berkata peranannya dalam hal ini hanya terhad sebagai pesuruhjaya sumpah yang menyaksikan Rahimi menandatangani satu akuan bersumpah pada 29 Jun 2008. Rahimi menjadi tumpuan Rabu lalu, apabila dia menuduh peguam Latheefa Koya dan yang lain, menahannya di Hotel Quality, Shah Alam dan memaksanya untuk menandatangani akuan bersumpah palsu. Gambar sidang media ehsan dari Yuisri Yus Nantikan pendedahan seterusnya Rahimi menunggang kuda bersama Dr Mahathir... |