GUA MUSANG 26 Okt - Tindakan Pengarah Pilihan raya Umno BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) tidak turut serta masuk ke pusat pusat penamaan menimbulkan tanda tanya.
Menurut Harakahdaily, Ku Li dan Datuk Ahmad Shabery Cheek telah beredar kira-kira pukul 10.00 pagi sebelum tamat proses penamaan calon.
Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamed memberikan alasan bahawa Ahli Parlimen Gua Musang itu lebih selesa dan mahu bersama rakyat di luar pusat penamaan calon tersebut.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menganggap ianya satu signal positif dan akan memberi kelebihan kepada calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
MetMalaysia: Hujan Berterusan Tahap Buruk Di Negeri Terengganu, Pahang Dan
Kelantan Hingga Sabtu
-
*PETALING JAYA:* Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan
amaran hujan berterusan tahap buruk yang dijangka melanda beberapa negeri
di Semena...
8 hours ago