SharpShooter Followers

VIDEO CLIP PERTAMA JINGGA 13 YANG PALING POPULAR

Friday, October 08, 2010

Pengurus TEKUN... tekun songlap duit

BUTTERWORTH, 8 Okt — Bekas pengurus Tekun Nasional Pulau Pinang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan pecah amanah wang Skim Pinjaman Bazaar Ramadhan 2008 berjumlah RM9,000 pada 2008.

Sabaruddin Md Hashim, 46, dituduh memasukkan tiga keping cek masing-masing bernilai RM2,955.15 ke dalam akaun bank isterinya Noorhayati Othman antara 28 Ogos dan 18 September 2008 di Pejabat Tekun Nasional Pulau Pinang, Taman Selat, di sini.

Mengikut kertas pertuduhan, isteri Sabaruddin bukan peminjam yang layak di bawah skim berkenaan.

Sabaruddin didakwa menurut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dengan sebatan dan juga boleh dikenakan denda.

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin menetapkan wang jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes 22 Oktober ini bagi tertuduh melantik peguam.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Janariah Abdul Mutalib. — Bernama



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/