SharpShooter Followers

Saturday, October 30, 2010

Zaid Ibrahim mendahului hari pertama

Selepas sembilan cabang selesai mengadakan pemilihan PKR semalam, penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim mendahului dua lagi pencabar - Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub untuk jawatan timbalan presiden.

azlan Berdasarkan keputusan rasmi yang diterima ibu pejabat parti, Zaid mendapat 577 undi berbanding Azmin yang berada ditangga kedua dengan 372 undi, makala Mustaffa pula mendapat 61 undi.

Bagi jawatan naib presiden pula, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mendahului dengan 494 undi.

Beliau diekori rapat oleh ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh (467), timbalan ketua menteri Pulau Pinang Dr Mansor Othman (462) dan ahli parlimen Batu Tian (430).

Keputusan bagi calon-calon naib presiden yang lain seperti berikut: N Gabalakrishnan (304 undi), R Sivarasa (267), Suresh Kumar (207), Jonson Chong (145), Baru Bian (143), Xavier Jayakumar (84), Ansari Abdullah (84), Yusmadi Yusoff (79), Yahya Sari (58), Dominique Ng (51), S Manikavasagam (47), Saiman Marjuki (36), James Ghani (29).

Bagaimanapun, keputusan tersebut belum dapat menggambarkan kecenderungan ahli untuk memilih calon-calon pilihan mereka secara keseluruhannya.

Ini kerana ia hanya melibatkan peratusan kecil daripada keseluruhan 400,000 anggota PKR yang layak memilih.

Berbeza dengan proses pencalonan yang dikira berdasarkan sokongan cabang, pengundian berdasarkan sistem baru "satu ahli, satu undi" mengambil kira undi keseluruhan anggota PKR.

Setakat ini, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution dalam satu kenyataan malam tadi, berkata perjalanan pengundian hari pertama semalam telah dilaksanakan dengan baik tanpa sebarang masalah.

Hari ini, sebanyak 32 lagi cabang di seluruh negara akan mengadakan pemilihan masing-masing pada hari ini.

Negeri terbabit: Kedah (2 cabang), Kelantan (5), Pahang (7), Negeri Sembilan (6), Perak (9) dan Perlis (3).

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/