SharpShooter Followers

Sunday, October 24, 2010

Shamsul diajak berdebat dengan Chegubard


Pertandingan Ketua AMK di antara penyandangnya Shamsul Iskandar dan Chegubard bertambah sengit dan menarik dengan berbagai cara berkempen digunakan oleh penyokong masing-masing.
Semua tidak menyangka Shamsul akan berada di persimpangan T-Junction dan akhirnya memilih untuk U-Turn ke kanan setelah terima arahan 'tangan ghaib'. Anda nak tahu 'tangan ghaib' itu siapa? Baca di sini.
Round pertama - Anwar dan Azmin sudah tewas kepada kehendak akar umbi AMK yang tidak memberi sokongan padu serta memberangsangkan kepada calon "pilihan wahyu team Rafizi generasi Reformasi" hingga mereka akhirnya menarik diri untuk bertanding.
Apakan daya AMK lebih matang untuk menilai dan tidak mudah dicucuk hidung seperti lembu sapi betina. AMK lebih mahu mereka bebas diberi pilihan untuk menentukan siapa pilihan Ketua AMK mereka tanpa campur tangan "tangan ghaib".
Anwar dan Azmin wajib berbangga dengan AMK kerana inilah benih yang lahir hasil didikan mereka selama 12 tahun dan kini AMK begitu matang untuk bertindak dan memilih. Inilah anak muda yang berjiwa merdeka. Selama 12 tahun AMK dididik dengan slogan 'lawan tetap lawan', 'membujur lalu melintang patah' dan AMK juga bersetuju dengan Anwar dan Azmin tentang slogan 1 Malaysia tetapi hakikatnya 1 undang-undang untuk pemimpin dan 1 undang-undang untuk rakyat.
Sehubungan dengan itu jugalah, AMK kini mahu keadilan dan kebebasan sepenuhnya untuk memilih tanpa campur tangan 'tangan ghaib'. AMK juga tidak mahu apa yang pernah dibuat oleh umno dan b-end berlaku dalam Keadilan. AMK bukan sahaja mahu melihat Keadilan, tetapi AMK mahu melihat Keadilan itu terlaksana.
Sesuai dengan politik baru yang berasaskan nilai seperti yang diwar-warkan oleh Anwar dan Azmin sejak 12 tahun lalu tanpa jemu, maka Zulkifli Ibrahim yang bertindak sebagai kempen manager Chegubard telah menghantar surat rasmi kepada Shamsul Iskanda untuk berdebat secara terbuka.
Sharpshooter amat yakin Shamsul Iskandar akan sahut dan sambut cabaran debat ini bak pepatah "tak cukup tapak tangan...stadium Shah Alam hamba tadahkan.."
Sharpshooter juga ternanti-nanti bilakah debat antara calon Timbalan Presiden antara tiga tokoh hebat Azmin Ali, Zaid Ibrahim dan Mustaffa Kamil Ayob.
Berita yang sharpshooter terima memang telah ada usaha ke arah itu untuk adakan debat terbuka Timbalan Presiden, hanya Azmin Ali yang tidak bersetuju. Benarkah begitu? Sharpshooter yakin Azmin Ali bukanlah seorang politikus yang menikus dibawah ketiak Anwar dan beliau akan berani sahut dan sambut cabaran debat calon Timbalan Presiden.
Sharpshooter amat yakin Keadilan adalah pemangkin kepada politik alaf baru di Malaysia. Keadilan adalah satu-satunya parti yang begitu berani mengambil risiko dengan mengubah pindaan perlembagaan kepada satu ahli satu undi untuk semua peringkat dari Ranting, Cabang dan Pusat.
Bukan mudah untuk menyatukan berbagai bangsa dan agama serta pelbagai latar belakang politik dan NGO dalam satu parti. Inilah politik baru alaf baru Parti Keadilan Rakyat.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/