SharpShooter Followers

Wednesday, October 13, 2010

Tolak 'Dr Ayam'


Bekas pengerusi MCA Bukit Bintang MCA, Dr Lee Chong Meng, yang sedang berusaha untuk menyertai PKR, terus berdepan dengan bantahan dari ahli parti tersebut.
Dalam satu sidang akhbar hari ini, sekumpulan ahli PKR berkata, antara lain, latar belakang Lee adalah meragukan kerana dia pernah dituduh memukul bekas isterinya.

Ini didasarkan kepada laporan polis yang dibuat oleh bekas isterinya - Liaw Kuei Hsiang pada 2000, yang disertakan dengan laporan perubatan mengenai kecederaan yang dialaminya. Menurut laporan dalam akhbar harian berbahasa Cina, dokumen tersebut telah diedarkan secara meluas sebelum pilihan raya umum 2008 oleh beberapa pertumbuhan wanita.

Ketika itu, mereka juga meminta Lee menjelaskan tuduhan kekerasan rumahtangga adalah alasan mengapa dia digugurkan daripada menjadi calon BN dalam pilihan raya umum 2004.
Sidang akhbar oleh ahli-ahli PKR hari ini dihadiri oleh ketua publisiti Wanita, Elizabeth Wong dan ahli jawatankuasa sayap itu, Gan Pei Nei (kanan).

Gan berkata Wanita PKR tidak akan menerima sesiapa pun, yang mempunyai sejarah keganasan terhadap wanita, menyertai parti itu dan menggesa kepimpinan pusat mengambil pendirian yang serupa. "Pemimpin nasional parti tidak harus menerima Lee kerana perjuangan membela hak-hak wanita, merupakan sebahagian daripada agenda parti," katanya.

Mereka yang menghadiri sidang akhbar itu juga membawa sepanduk dalam bahasa Inggeris mengecam Lee, termasuk yang berbunyi "PKR bukan bakul sampah" dan "PKR tolak Dr Ayam".


Sharpshooter - Setuju sangat dengan tindakan ahli Keadilan yang menolak Dr Ayam. Sudah sampai masanya Keadilan memilih ahli dan bukannya menerima sesiapa sahaja apatah lagi jika mereka adalah bekas pimpinan besar parti BN.

Kemasukan selepas kemenangan dan sebelum kemenangan sudah pasti ada bezanya. Tidak semua yang tidak ikhlas tetapi memang ada di antara mereka yang 'musang berbulu ayam'.

Bekas pimpinan besar parti BN yang masuk selepas kemenangan pasti ada bezanya tidak seperti bekas pimpinan parti komponan BN yang sertai Keadilan sebelum kemenangan. Namun begiu kita juga tidak menafikan ada juga yang telah lompat biarpun mereka sertai Keadilan sebelum menang kemudian apabila sudah menjadi wakil rakyat dan akhirnya mereka melompat.

Keadilan baru sahaja melalui ujian getir pemilihan dan seperti yang dijangkakan telah ada yang melompat kerana kalah. Pergi mampuslah dengan mereka yang gila jawatan dan mereka ini langsung tidak fikirkan perjuangan untuk rakyat tetapi hanya memikirkan perjuangan diri sendiri.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/