Keadaan orang Melayu di Pulau Pinang sangat kritikal terutama dalam isu pemilikan tanah dan ketika ini kira-kira 7,000 penduduk negeri berhadapan dengan risiko diusir dari rumah yang mereka duduki, demikian menurut wakil Umno Pulau Pinang Mohamad Farid Saad.
Beliau yang mendedahkan hasil maklum balas kajian Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang yang dikumpul dari 13 ketua bahagian berkata, penduduk dari 60 perkampungan di Pulau Pinang didapati akan kehilangan tempat tinggal kerana tanah rumah yang didiami sekarang bukan milik mereka.
Katanya kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP dilihat semakin melampau apabila mereka mula membuka tanah yang selama ini dipertahan, untuk dibangunkan, dan beliau memberi contoh satu lot tanah yang di Sungai Burung yang dikhaskan untuk sawah dikeluarkan dari gazet, dan satu lagi kes yang membabitkan sebahagian daripada Taman Negeri yang dibuka untuk dibangunkan sebagai kawasan perumahan. "Kes ini akan membuka laluan kepada pembukaan kawasan-kawasan lain dari kategori yang sama.
Ini semua adalah penyalahgunaan kuasa yang mesti dihentikan," kata Anggota Umno Bahagian Balik Pulau itu ketika membahaskan usul ucapan presiden di Perhimpunan Agung Umno hari ini. Mohamad Farid berkata apa yang berlaku di Pulau Pinang sekarang merupakan contoh kes pengusiran melalui polisi dasar, selain berlakunya pengusiran secara fizikal, psikologi dan terang-terangan.
Mohamad Farid berkata kerajaan perlu mempunyai kuasa untuk menghalang pembangunan di kawasan yang digazet, seperti kawasan-kawasan yang sensitif dalam menjaga alam sekitar di semua negeri. "Jika tidak, lebih cepatlah orang Melayu diusir. Hari ini tanah milik orang Melayu di daerah timur laut hanyalah 1.16 peratus saja, tanah di Balik Pulau hanya 15.07 peratus, di Seberang Perai 44.2 peratus, Seberang Perai Tengah 23.5 peratus dan di Seberang Perai Selatan 18.09 peratus sahaja milik orang Melayu," katanya dan menambah ketika ini hanya 20.41 peratus sahaja tanah di Pulau Pinang dan Seberang Perai adalah milik orang Melayu.
Beliau berkata orang Melayu sudah lama bertapak di Pulau Pinang, tetapi hari ini, sedikit demi sedikit tanah yang dimiliki turun temurun dijual dan bertukar tangan. Menurutnya jika generasi dahulu boleh bertolak ansur, generasi baru tidak ada lagi belas kasihan, di mana yang ada kini hanyalah 'you keluar dari sini, kalau tak puas hati jumpa di mahkamah nanti'.
Mohamad Farid berkata hakikat yang perlu diterima ialah keadaan ini berpunca daripada kealpaan "pemimpin dahulu".
Sharpshooter - Adakah benar dakwaan seperti di atas? Adakah benar DAP anti Melayu? Adakah benar UMNO membela nasib Melayu P.Pinang?
Sharpshooter pernah dedahkan apa pemimpin Melayu buat bila mereka berkuasa dahulu di P.Pinang. Baca di sini.
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2009/07/nasib-kg-buah-pala-zaman-pr-dgn-nasib.html
Namun begitu, tentang isu yang ditimbulkan oleh Farid ini, TKM 1 wajib jawab segera. Jangan sampai rakyat melihat dan menuduh Pimpinan Keadilan P.Pinang terlalu lemah dan tidak mampu untuk membela nasib Melayu P.Pinang dan juga nasib bangsa lain di P.Pinang.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
MetMalaysia: Hujan Berterusan Tahap Buruk Di Negeri Terengganu, Pahang Dan
Kelantan Hingga Sabtu
-
*PETALING JAYA:* Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan
amaran hujan berterusan tahap buruk yang dijangka melanda beberapa negeri
di Semena...
8 hours ago