Calon Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli serta tim Generasi Reformasi yang didokongnya membuat keputusan untuk tidak meneruskan hasrat untuk bertanding bagi jawatan tersebut berdasarkan kepada pertimbangan bahawa Pilihan Raya Umum 13 semakin hampir dan pelbagai persediaan mendesak perlu diberikan perhatian segera.
Berita tersebut telahpun tersebar luar terutama secara verbal atau dari mulut-ke-mulut diantara pemerhati politik serta ahli-ahli PKR khususnya AMK sepanjang lewat petang 16 Oktober 2010 (Sabtu) lalu. Berita mengenai Sdr Rafizi menarik diri dari perlumbaan menjadi Ketua AMK peringkat pusat bertiup kencang sehari dua sebelum itu apabila dikaitkan dengan ura-ura Sdr Shamsul Iskandar akan berpatah balik daripada bertanding jawatan Naib Presiden kepada mengekalkan jawatan Ketua AMK yang dinakhodakannya sejak sekian lama.
Saya hanya menerima berita bahawa Rafizi masih tidak menghantar borang pencalon pada kira-kira jam 4.43 petang hari Sabtu lalu ketika sedang berbual dengan Tn Syed Hamid Ali, Ketua Cabang Batu Pahat di sebuah dewan di sekitar Petaling Jaya melalui seorang teman yang bertemu dengan calon Ketua AMK bagi tim Generasi Reformasi ini. Berita itu amat mengejutkan saya kerana beliau telah dengan semangat dan berkobar menyatakan gagasan dan perjuangan mereka semasa program di Batu Pahat 2 hari sebelum itu.
Janji beliau untuk menjadikan destinasi negeri Johor sebagai negeri ke 3 yang akan dilawatinya selepas Perak dan Sarawak setelah menang nanti agak pudar dari bayangan mimpi saya. Natijahnya juga menyebabkan pelbagai persoalan dan isu-isu yang telah kami lontarkan di Batu Pahat tempoh hari pasti tidak dapat dijuangkannya sebagai Ketua AMK.
Sdr Rafizi yang juga Ketua Pegawai Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor berkata beliau berpuas hati kerana sepanjang tempoh kempen pemilihan beliau dan pasukan regunya telah berjaya mesej kesinambungan reformasi kepada akar umbi.
"Generasi Reformasi memulakan kempen dengan objektif utama untuk membawa isu-isu dan program utama yang perlu diangkat AMK untuk sampai ke Putrajaya. Ini termasuklah menjaguhi isu-isu yang dekat dengan anak muda, fokus kepada pembinaan organisasi dan menyiapkan barisan pimpinan muda yang baru.
"Sepanjang kempen, kami telah tekankan bahawa matlamat akhir Generasi Reformasi bukanlah untuk merebut jawatan tetapi memastikan barisan kepimpinan baru AMK mengambil kira isu-isu dan program utama ini. Tanpa penglibatan Generasi Reformasi dalam pemilihan kali ini, besar kemungkinan kempen pemilihan berkisar sekitar individu dan bukannya isu-isu anak muda.
"Matlamat itu telah dicapai. Mesej reformasi dalaman yang kami bawa sudah sampai ke semua negeri dan ribuan anggota yang kami temui di 13 lokasi yang telah kami jelajahi," kata Rafizi dalam satu kenyataan media semalam.Sumber dari "...mendepani zaman...."-zackzaihan-
Walaubagaimanapun, Sdr Shamsul Iskandar menepati ramalan dan menjadi Mr U-Turn apabila membuat keputusan untuk mengekalkan jawatan Ketua AMK yang telah dimenanginya sejak 3 tahun lalu.
Walaupun, berita mengenai kompromi beliau dengan calon pilihan Sdr Badrul Hisham atau Chegubard bukan lagi rahsia. Segala kekuatan Chegubard telahpun menunjukkan kesetiaan melalui janji mencalonkan Sdr Sam sebagai calon Naib Presiden dengan jumlah pencalonan ke-2 tertinggi selepas YB Fuziah Salleh berbanding 30 lagi calon Naib Presiden yang lain.

Apakah tujuan penyandang jawatan Ketua AMK ini tidak jadi meneruskan niatnya untuk bertanding jawatan Naib Presiden itu? Pelbagai persoalan bermain di setiap benak ahli-ahli AMK ketika ini. Adakah Sdr Sam tidak percayakan dirinya sehingga beliau gentar dan gelabah untuk meneruskan niat menyertai pertandingan menjadi orang No-3 dalam parti ini? Atau beliau takut untuk hilang kedudukan dan kerusi empok Ketua AMK miliknya ketika ini. Kalaulah beliau seorang penakut adakah layak beliau memimpin anak-anak muda dalam parti yang memperjuangkan pembaharuan ini?
Walaupun Sdr Shamsul Iskandar itu sosoknya nampak agak lemah dan lembik dengan persembahan diri yang kurang menyakinkan apabila rambutnya agak makin berkurang, sosoknya yang tidak berapa tinggi dan badannya yang agak 'comel'.
Apatah pula jika dibandingkan dengan lagak Ketua Pemuda UMNO, Y.B. Khairy Jamaludin yang punyai karekter yang menarik dan lebih 'charming' berbanding Sdr Sam. Jika dibuat perhitungan itu sahaja, sudah pasti anak-anak muda terutamanya yang pemudi-pemudi akan memilih UMNO sebagai wadah politik mereka.

Akan tetapi, beliau sebenarnya mempunyai semangat juang yang kental. Walaupun beliau boleh sahaja hidup senang dengan kerjaya sebagai seorang peguam. Namun, beliau sanggup menerobos di setiap genap lapisan masyarakat untuk bersama-sama gelombang reformasi menentukan masa depan negara melalui kancah politik. Dan jalan politik yang beliau pilih adalah Keadilan dan bukannya UMNO. Sudah pasti beliau bukan calangan yang boleh ditawar beli. Prinsip yang beliau ada diharap dapat membantunya menjadi pemimpin anak muda yang lebih baik dan jitu.
Berbalik kepada persoalan isu memilih untuk mengekalkan jawatan menurut beliau dalam blognya “Ini bukan ‘U turn’ tetapi sampai ke ‘T Junction’. Ambil ke kanan boleh, ke kiri pun boleh. Oleh itu saya memilih untuk ke kanan iaitu memilih bertanding jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) bukan ke kiri – Naib Presiden”.
“Saya tidak menyalahkan mereka (media) kerana pada saya itu tafsiran. Ketika saya mengumumkan kira-kira sebulan lalu untuk meminta rakan-rakan memberikan pencalonan bagi jawatan Naib Presiden, itu dibuat dengan hati yang cukup jelas.
“Memang kita tawar diri untuk mendapat pencalonan. Tetapi itu bukan ‘U turn’ tetapi ‘T Junction”, kata beliau lagi ketika berucap di hadapan penyokong-penyokongnya selepas menyerahkan borang penerimaan pencalonan Pemilihan 2010 Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Ibu Pejabat parti itu di Tropicana, Petaling Jaya semalam.
Kesimpulan
Secara amnya, Sdr Rafizi dan Sdr Shamsul Iskandar telahpun menunjukkan sikap mereka yang sanggup berkorban demi perjuang yang mereka percaya dan pilih.
Di pehak Generasi Reformasi, Sdr Rafizi melihat pertembungan 3 penjuru mungkin menyebabkan perpecahan dan merugikan parti. Selain itu, beliau sangat besar hatinya walaupun dilihat sebagai seorang yang berpotensi untuk menjawat jawatan Ketua AMK tersebut melepaskan peluang ini kerana menganggap pilihan raya yang akan datang beberapa ketika nanti ini adalah jauh lebih penting daripada perlumbaan adik-beradik ini.
Namunbegitu, Generasi Reformasi bukannya berkubur sebaliknya mengharapkan beberapa calon exco daripada tim ini dapat memenangi beberapa kerusi yang dipertanding. Saya ingin merakamkan penghargaan tertinggi kepada tim Generasi Reformasi ini di atas pengorbanan mereka. Tahniah!!

Bagi Sdr Shamsul Iskandar dan timnya yang dikenali sebagai 'Reformasi 3.0' menghadapi tugas getir yang maha mencabar apabila berhadapan dengan calon pilihan iaitu Sdr Chegubard. Mereka pernah duduk berbincang dan bernegosiasi yang akhirnya Sdr Sam yang dilihat sebagai khianat apabila buat keputusan untuk U-Turn. Pada pendapat saya Sdr Shamsul perlu menang dalam pertandingan ini.
Hal ini kerana dia bisa saja hilang segalanya kerana membuat keputusan untuk mempertanhankannya. Lain pula kalau beliau kalah dalam perebutan kerusi Naib Presiden kerana kekalahan ini lebih tinggi darjatnya berbanding kalah dalam mempertahankan apa yang beliau ada. Justeru, kepada seluruh anggota tim Reformasi 3.0 harus bekerja keras dan harus sehingga titisan darah sekalipun.....anda harus pastikan Sam juara. Kerana kiranya tidak sudah pasti karier politik anak Melaka ini boleh sahaja berkubur.

Namunbegitu, saya sangat berharap agar tidak sahaja pertembungan ini buat kita terus-terusan bermusuh. Sebaliknya, peluang ini kita gunakan untuk pastikan bahawa hanya mereka yang terbaik sahaja yang akan memimpin AMK kelak. Selain itu, kalah dan menang itu adat pertandingan. Sudah pasti tim yang menang tidak sahaja dapat kesemuanya. Begitupun yang kalah, sudah pasti tidak hilang segalanya.
Harapan saya, baik Chegubard mahupun Sam setelah keputusan diumum nanti bersatulah kembali untuk teruskan kemaraan ke Putrajaya. Perkasakan AMK melalui program-program yang mapan serta disusuli dengan pengurusan yang lebih 'presentable'. Pertandingan ini hanya permulaan segalanya. Sebaliknya PRU13 lah penentu masa depan saya dan anak-anak saya.
Sumber dari "...mendepani zaman..."-zackzaihan-

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/