Kehangatan dan debaran kempen pemilihan Keadilan 2010 semakin hari semakin rancak dan adakalanya semakin panas. Ramai yang berhasrat menawarkan diri untuk berkhidmat di peringkat pusat. Ini satu perkembangan yang baik.
Bagi Calon Ketua AMK Malaysia, akhirnya hanya dua penjuru di antara Chegubard 'Penerus Momentum Reformasi' dan Shamsul Iskandar yang mempertahankan jawatan biarpun pada mulanya Shamsul Iskandar telah mengumumkan akan bertanding Naib Presiden.
Anak muda perlu hormati keputusan Rafizi dan teamnya 'Generasi Reformasi' yang menarik diri pada saat-saat akhir kerana 'tangan ghaib wahyu'. Manakala Hasmi pula gagal dan tidak berjaya mendapat sekurang-kurangnya dua pencalonan untuk beliau layak bertanding Ketua AMK Malaysia.
Anak muda juga wajib hormati keputusan Shamsul Iskandar yang akhirnya memilih untuk mempertahankan semula jawatan Ketua AMK Malaysia setelah 'steering keretanya tiba-tiba diubah oleh tangan ghaib wahyu'.
Anak muda juga wajar hormati keputusan 'tangan ghaib wahyu' yang memilih Shamsul Iskandar sebagai calon 'ayam tambatannya' .
Cuma satu sahaja sharpshooter nak ingatkan kepada 'tangan ghaib wahyu', hormatilah juga sama keputusan anak muda yang memilih Chegubard sebagai calon terbaik Ketua AMK Malaysia yang baru. Hayatilah erti demokrasi sesegar dan sesubur mungkin.
Alangkah indahnya jika anak muda diberi ruang sebebas-bebasnya untuk memilih siapa Ketua AMK Malaysia tanpa tekanan dari 'tangan ghaib wahyu dan calon Timbalan Presiden kesayangannya'.
Sharpshooter amat yakin anak muda Keadilan sudah berjiwa merdeka yang tidak akan rasa takut dan tunduk atau tertekan atau terpaksa untuk memilih sesiapa calon pilihannya.
Akhir kalam, berbanggalah wahai insan yang bernama Anwar Ibrahim Sivagi The Boss, anda telah berjaya melahirkankan ribuan anak muda yang berjiwa kental yang tidak akan takut dan tunduk untuk melawan ketidakadilan dan penyelewengan yang berlaku.
Anda wajib berbangga kerana anda telah berjaya mendidik dan menanam ribuan jiwa anak muda yang berjiwa merdeka dengan slogan 'Lawan Tetap Lawan'.
Anak muda Keadilan pula amat berbangga dengan insan bernama Anwar Ibrahim Sivagi The Boss, yang biarpun beliau terus difitnah, dicerca, dihina, diaibkan dan dituduh dengan berbagai tuduhan, namun Anwar Ibrahim tetap tabah harungi semua itu dan inilah semangat kental Sivagi The Boss yang menjadi ikutan anak muda Keadilan.
Berbalik kepada persoalan siapakah calon anak muda yang lebih layak terajui Ketua AMK Malaysia? Chegubard atau Shamsul Iskandar?
Siapakah pula yang layak sebagai Timbalan Ketua AMK Malaysia? Pertandingan antara YB Chang Lih Kang Adun Teja vs Khairul Anuar Ketua AMK Selangor. Mari kita undi di sebelah kanan blog Sharpshooter.
Selamat mengundi.......Sharpshooter sudah terang lagi bersuluh menyatakan sokongan kepada Chegubard..
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Wan Rosdy: Insentif Kecemerlangan Pendidikan, Kerajaan Pahang Sedia
Peruntukkan Sebanyak RM1 Juta
-
*RAUB*: Kerajaan Negeri Pahang menyediakan insentif RM1 juta buat golongan
muda yang cemerlang dalam pendidikan.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Diraja ...
3 hours ago