SharpShooter Followers

Sunday, September 05, 2010

Anwar dihalang Tazkirah di P.Pinang

Dato Seri Anwar Ibrahim telah dihalang menyampaikan Tazkirah di Masjid Titi Terras, Balik Pulau. Halangan itu dipercayai dilakukan oleh Pentadbir Masjid tersebut.

Semalam, selepas majlis berbuka dan menyampaikan sumbangan Aidil Fitri di Masjid Pulau Betong, Dato Seri Anwar serta rombongan beliau telah bertolak untuk berterawikh di Masjid Titi Teras atas jemputan penduduk di sana.

Malangnya setelah solat selesai pihak masjid mengumumkan kehadiran beliau dan hanya mengajak beliau ke jamuan more sahaja, sedangkan jemputan awalnya minta disampaikan tazkirah.

Ini dipercayai ekoran kejayaan pihak pembangkang di Pulau Pinang, berjaya melobi MAIPP mengeluarkan surat arahan supaya Khatib jemputan di larang di Masjid-masjid seluruh Pulau Pinang.

Kebanyakkan Pengerusi Khariah di seluruh Pulau Pinang terdiri dari UMNO, yang dilantik bagi tempuh 2 tahun oleh Yb Shabudin Yahya, sebelum beliau tamat tempuh khidmat tahun lalu.

Dengan kejayaan mereka melobi MAIPP , mereka mula 'Naik Tocang'.Mereka mula merasa masih ada sisa-sisa kuasa yang boleh mereka gunakan, dan mula bertindak menghalang pihak kerajaan negeri menjalankan kerja-kerja bertemu rakyat dan meyampaikan penerangan diMasjid.

Turut hadir bersama di situ, Yb Mansor Osman Timbalan Ketua Menteri 1,Yb Dato Halim bin Husain Speaker DUN, Yb Yusmadi Yusof MP Balik Pulau, Yb Ust Taib Azimuddin.
- blog Zolkifly Md Lazim

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/