SharpShooter Followers

Sunday, September 12, 2010

Khairy jadi teladan dan tandingan?

Wisma Putra harus memanggil pulang Duta Besar Malaysia ke Indonesia jika rundingan Malaysia dengan Indonesia mengenai jaminan keselamatan Kedutaan Malaysia di Jakarta gagal.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, berkata pihak berkuasa Indonesia tidak serius menjaga keselamatan Kedutaan Malaysia dan mendakwa isu berkenaan tidak disampaikan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman kepada Menteri Luar Indonesia, Dr Marty Natalegawa ketika pertemuan di Kota Kinabalu, Isnin lalu.

“Apa gunanya kita bercakap hanya soal Prosedur Piawai (SOP) dalam kes penguatkuasaan sedangkan masalah pokok ialah serangan dan penghinaan terhadap kedutaan dan juga bendera kita yang tak dapat ditangani pihak keselamatan Indonesia.

“Menteri Luar harus menghantar mesej jelas kepada Jakarta bahawa kita tak boleh bertolak ansur kedutaan kita terus dijadikan sasaran oleh penunjuk perasaan. Jika pihak keselamatan Indonesia tidak mengambil tindakan menghentikannya, kita patut panggil semula duta kita di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Nor Azman Mohd Yusop untuk diagihkan kepada 240 anggota polis yang bertugas di kawasan bandar pada musim perayaan.

Khairy berkata, tindakan memanggil Duta Besar Malaysia ke Indonesia adalah isyarat protes secara diplomatik supaya pihak keselamatan republik berkenaan serius melindungi Kedutaan Malaysia.

“Tindakan memanggil duta pulang bukan bermaksud hubungan dua hala Malaysia-Indonesia terjejas tetapi mahu menyampaikan mesej bahawa kita kurang yakin dengan pihak keselamatan Indonesia menjaga kedutaan kita dan ia harus diketahui secara jelas oleh Kerajaan Indonesia.

“Kita perlu panggil semula duta kita pulang Kuala Lumpur dan tutup sebahagian daripada perkhidmatan kedutaan di Jakarta, bagaimana nak terus berkhidmat jika kedutaan diserang oleh penunjuk perasaan,” katanya.

Khairy juga mendakwa, Anifah gagal dalam rundingan dua hala Malaysia dan Indonesia di Kota Kinabalu kerana dikatakan tidak membincangkan mengenai kawalan keselamatan dan serangan penunjuk perasaan ke atas Kedutaan Malaysia di Jakarta.

Sharpshooter : Khairy dari segi kelulusan akademik memang bijaksana bijaksini sebab kelulusan dari oxford.

Itulah yang dikatakan golongan profesional tetapi adakah tindakan Khairy profesional dari segi gerak kerja politik seperti kes di atas?

Tetapi yang lebih malangnya ada pula calon Ketua AMK Malaysia yang tawarkan diri nak bertanding kerana mahu tandingi kehebatan Khairy....Tak bangang ke namanya...

Lu fikirlah sendiri...


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/