SharpShooter Followers

Monday, September 06, 2010

MB Selangor pula dicabar

KUALA SELANGOR, 5 Sept — Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan berdepan dengan pertandingan empat penjuru bagi mempertahankan jawatan Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Selangor dalam pemilihan yang akan diadakan pada 3 Oktober depan.

Selain Abdul Khalid, tiga lagi nama yang mengesahkan pencalonan mereka ialah bekas Ketua Wanita PKR Kuala Selangor Fauziah Sulaiman, 52, bekas Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor Mazli Saring, 42, dan bekas guru Muhammad Kamil Vaanan Abdullah, 44.

Mazli (gambar) ketika ditemui pemberita di sini hari ini berkata keputusan untuk bertanding merebut jawatan itu dibuat bertujuan memperbaiki beberapa perkara yang tidak betul yang sedang berlaku dalam pimpinan sekarang.

Beliau berkata antara perkara yang perlu diperbetulkan ialah isu Mesyuarat Agung PKR Kuala Selangor pada Mac lepas yang didakwa tidak sah kerana tiada notis pemberitahuan yang sewajarnya diberikan manakala penyata tahunan yang dibentang tidak mengikut peraturan.

“Tapi yang lebih penting peluang untuk bertanding ini menunjukkan bahawa PKR menjunjung demokrasi. Apapun peluang semua calon (untuk menang) adalah sama rata kerana masing-masing mempunyai penyokong dan kekuatan tersendiri,” katanya.

Seorang lagi calon, Muhammad Kamil berkata beliau bertanding untuk membuktikan demokrasi masih wujud dalam PKR.

“Saya nak pertandingan yang sihat, menang atau kalah saya tidak risau. Berkenaan hal lain saya no komen, biarlah penyokong yang menentukan,” katanya.

Seramai 6,218 ahli PKR di bahagian berkenaan layak mengundi pada pemilihan yang akan diadakan pada Mesyuarat Agong Tahunan PKR Kuala Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor pada 3 Oktober depan. — Bernama

Sharpshooter :- Adakah Sivagi The Boss akan selamatkan MB Selangor seperti mana beliau selamatkan TKM 1 P.Pinang di Permatang Pauh?....mungkinkah akan ada kompromi di Kuala Selangor?

Ataupun Sivagi akan biarkan demokrasi disuburkan di Kuala Selangor.

Mungkinkah Sivagi akan kata pada MB Selangor seperti Mat Nespu berkata pada memanda ahli nujum...jangan takut..lawan...he.he..he..


Mungkinkah hasrat Azmin Ali menjadi MB Selangor akan menjadi kenyataan? Ini semua cuma ribut dalam cawan sahaja..

Cuma satu nak pesan..yang lebih penting adalah menumbangkan UMNO dan BN pada PRU 13.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/