SharpShooter Followers

Sunday, September 05, 2010

TV3 akhirnya mohon maaf iklan raya



Berita Perdana TV3 jam 8.00 malam tadi telah memohon maaf di atas iklan raya 2010 yang mengundang kontroversi. Teknik membuat iklan memang menarik tetapi sayang seribu kali sayang....

Konsep 1 Malaysia ternyata memakan diri Najib suaminya Rosmah. Kalau mahu terap 1 Malaysia 1 Israel pun biarlah kena pada tempatnya. Inilah hasilnya bila UMNO guna penasihat Israel APCO.



Sharpshooter teruja dengan iklan Raya Petronas tahun 2007. Soalan yang sama berulang kali ditanya dan dengan jawapan yang sama mempunyai seribu makna tersirat. Burung apa? burung murai..

Cuba kita renung sejenak Ramadhan tahun ini yang terlalu banyak dengan isu sensasi ditimbulkan terutamanya isu Agama. Antaranya isu doa untuk Guan Eng dalam khubah Jumaat dan isu YB cina masuk surau dan masjid.

Isu yang timbulkan oleh UMNO sudah pasti menampakkan betapa jahilnya dan jumudnya pemikiran Pemimpin UMNO seolah-olah Islam itu hanya untuk Melayu sahaja. Sebenarnya Islam untuk semua. Tetapi hikmahnya tetap ada.

Sekarang jika ditanya soalan yang sama berulang kali, sudah pasti jawapan yang diberi tidak sama tetapi semuanya adalah benar-benar belaka.

Kalau dalam iklan raya, soalan yang sama di tanya berulang kali... burung apa? jawabnya burung murai...

Tetapi raya tahun ini, jika ditanya apa itu Ramadhan? jawapannya terlalu banyak untuk dijawab biarpun soalannya sama...apa itu Ramadhan?

Biasanya jawapan adalah bulan umat Islam berpuasa, bulan yang paling mulia dalam Islam, bulan Al-Quran diturunkan, bulan berlakunya malam Lailatulqadar yang lebih baik dari seribu bulan, bulan berlakunya perang antaranya perang Badar yang menyaksikan tentera Islam seramai 313 orang berjaya mengalahkan 100o tentera Quraisy dan sebagainya.

Tetapi tahun ini, hikmahnya sejak adanya Pakatan Rakyat (Keadilan, PAS dan DAP) umat Islam dan rakyat Malaysia semakin faham bahawa sesungguhnya berdoa untuk orang bukan Islam bukan satu kesalahan, berbuka puasa bersama orang bukan Islam juga bukan satu kesalahan, orang bukan Islam boleh masuk ke surau dan masjid dan banyak lagi jika nak dihuraikan.

Kesimpulannya inilah jasa besar Pakatan Rakyat terhadap Islam yang hari ini ternyata bangsa lain seperti Cina dan India lebih memahami Islam itu dari sudut fahaman yang sebenar.

Fenomena ini tidak pernah berlaku semasa BN perintah dahulu, mana ada pemimpin Cina dan India dalam MCA, Gerakan dan MIC seperti pemimpin Keadilan dan DAP yang berbangsa Cina dan India hari ini yang dekat dengan Islam dan mahu pelajari dengan lebih mendalam tentang Islam. Takbir



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/