Dari FB Mohd Faizal Ketua AMK Balik Pulau
Aku terbaca Sinar Harian sehari selepas Rafizi buat sidang media umum tanding jawatan ketua AMK. Bakal calon AMK Rafizi nafi,di mana mendapat restu dari anwar kononnya org salah faham kerana dia kerja di pejabat DSAI...di bawah ialah petikan sinar harian
Rafizi sah tawar diri tanding Ketua AMK
SHAH ALAM - Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Rafizi Ramli yang sebelum ini menyatakan hasratnya untuk bertanding merebut jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan mengumumkan barisannya, termasuk yang bertanding untuk jawatan timbalan ketua dan setiausaha hari ini.
Beliau, yang juga Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, dilihat berpotensi untuk memenangi jawatan ini dan dijangka berhadapan dengan penyandang Shamsul Iskandar Md Akin dan ahli MPP, Badrul Hisam Shaharin.
Pengumuman itu akan dibuat di Media Hotel, Unit A-G-01, Block A, Tropicana Merchant Square, No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1, PJU 3, 47410 Petaling Jaya, Selangor jam 11 pagi ini.
Sebelum ini, Rafizi dilabel sebagai calon yang direstui Ketua Umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan jawatannya itu.
Rafizi yang dihubungi Sinar Harian menafikan tanggapan beliau berpotensi menang kerana rapat dengan Anwar.
Beliau kurang senang dengan anggapan demikian kerana hakikatnya beliau mahu bertanding atas kemampuan diri sendiri.
“Saya bukanlah calon yang direstui Anwar. Orang salah anggap kerana saya kini staf beliau,” katanya.
Aku terpanggil untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat apa yang berlaku antara aku & Rafizi dimajlis jamuan berbuka puasa pada 15 Ogos 2010 hari ke enam berpuasa, di Yayasan Aman,Penanti.Pmtg Pauh P.Pinang.
Rafizi telah datang bersama dengan YB Azmin Ali dan kami semua dijemput 'makan free' untuk berbuka.
Beliau memberitahu aku bahawa beliau ingin bertanding ketua AMK Malaysia dan bertanya apakah kesan YB Azmin memperkenalkan dia pada hadirin pada majlis tersebut? Dia nak tahu adakah 'graf' penerimaan meningkat ?
Geli hati aku mendengar nak termuntah pun ada...lantas aku pun bertanya padanya kenapa mesti ketua AMK kenapa tidak Timbalan atau Naib??? Spontan Rafizi berkata dengan angkuhnya ini kerana asakan dari ahli-ahli parti dan di restui oleh Anwar, ini kerana AMK Malaysia akan nampak lebih professional dan kita berdepan dengan KJ Ketua Pemuda Umno Malaysia.Beliau tak nak tetapi Anwar yang paksa.
Rafizi bagitau beliau akur kerana beliau tidak mahu AMK nampak lebih menunjol di tepi-tepi jalanraya.
Dalam hati aku terdekit.....Jadi,kalau mcm ni la bakal Ketua aku...pastinya undi aku dia tidak akan jamah pada hari pengundian nanti...Rafizi,are u still remember me? Kamu keliru sendiri antara demonstrasi dan Reformasi... kamu bersungguh mengeluarkan hujah hari tersebut menolak reformasi dalam kekeliruan kamu sendiri.
Bro...saksi ramai masa di meja depan pentas tu...jangan la menipu pada bulan Ramadhan menjelang Syawal ni...
Aku tak kisah kalau kamu nak tolak reformasi tetapi kenapa perlu buat 'u turn' awal muncul minta tolong Azmin bawa ke hulu ke hilir jumpa kawan-kawan dengan kata lupakan sentimental reformasi tetapi kemudian pakai semula terma reformasi.
Sah kamu sendiri yang pakai nama Anwar tetapi bila dah diserang dalam media kamu tuduh orang bawah keliru. Itu belum jadi Ketua.....
Belajarlah politik jujur...... Ini bukan serangan peribadi cuma nak bagi ingat....
Kalau aku menipu tolong nafi tetapi cuma nak bagi ingat Ezam yang marah sangat dengan AMK Pulau Pinang dulu sebab 'perbualan istimewanya' kami rakam.apa pun selamat hari raya Maaf Zahir Batin
Mohd Faizal
Ketua AMK Balik Pulau
Sharpshooter : Tahniah kepada Mohd Faizal yang menang tanpa bertanding Ketua AMK Balik Pulau.
Untuk makluman semua, Mohd Faizal adalah anak buah yang paling setia dengan Din Binjai aka sharpshooter, kami dulu sekampong...dari Kg Binjai.
Teringat rakaman "perbualan eksklusif" antara sharpshooter ketika itu Ketua AMK P.Pinang bersama Ezam yang membuatkan Ezam melenting sangat bila rakaman perbualan itu didedahkan di Machang Kelantan...pengunjung blog sharpshooter nak dengar ke..tunggu je lah...masa belum sampai....
Anak-anak buah pun sama rupanya..bab rakam merakam...AMK P.Pinang memang tiptop....
Namun begitu Chegu Bard berpesan kepada penyokong setianya agar tumpuan sekarang lebih fokus kepada isu-isu UMNO dan BN. Jangan hilang fokus katanya...
Pemilihan dalam parti adalah lumrah bagi sebuah parti yang mengamalkan demokrasi..bukan anwarkasi...he.he..
Jangan lupa hadir ke Rumah Terbuka Keadilan P.Pinang pada hari ini di Tapak Expo Seberang Jaya dari jam 12 tengahari hingga 4.00 petang...Anwar Ibrahim akan hadir bersama....mai jangan tak mai...
Salam Aidilfitri...Maaf Zahir dan Batin...
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/