Pendirian Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu dilihat bertentangan dengan amaran penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap akhbar milik Umno itu.
“Saya bantah polisi ini,” kata Zaid (gambar).
“Jika ia bukan polisi baik, kita tidak perlu ikut,” tambah beliau.
Dua hari lalu Zaid berkata bahawa beliau tidak akan boikot mana-mana media dilihat menyerang parti atau pemimpin Pakatan Rakyat.
Semalam, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, setiap ahli parti itu perlu mematuhi keputusan komponen Pakatan Rakyat itu, yang memutuskan untuk tidak membenarkan media-media tertentu khususnya akhbar Kumpulan Utusan daripada membuat liputan aktiviti parti tersebut.
Keputusan itu merangkumi calon-calon yang bertanding pada pemilihan parti kali ini, termasuklah anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Datuk Zaid Ibrahim yang dicalonkan bertanding jawatan timbalan presiden.
Saifuddin berkata, keputusan parti adalah jelas dalam isu ini.
“Saya tengok begini... sudah menjadi satu rahsia umum, pendirian parti terhadap media tertentu... saya nak sebut, saya nak mengulangi, prinsip menghormati kebebasan media, itu tidak akan berubah, dari sudut Keadilan, OK? Yang mendasari parti kita,” kata beliau lagi.
“Di sana kepimpinan parti dapat melihat kecenderungan yang agak ketara dan jelas di kalangan media tertentu dalam kes ini Utusan, yang kita sifatkan sebagai usaha mahu menghancurkan Keadilan, bermula daripada usaha membunuh karakter Ketua Umum (Anwar), tak letih-letih, terus-menerus untuk menjahanamkan parti,” kata beliau.
Dalam Mingguan Malaysia dua minggu lalu, Zaid menyindir penyokong Anwar dan Azmin Ali, persaing utamanya dalam pemilihan parti.
Temu bual itu mengejutkan PKR terutamanya Anwar yang meminta supaya calon yang bertanding tidak menggunakan media Umno untuk menyerang parti sendiri.
Ini kali kedua Anwar menolak dakwaan Zaid bahawa “budaya Umno” mula wujud dalam parti dan memberi amaran kepada ahli-ahli PKR tentang kemungkinan munculnya “kuda-kuda Trojan” dalam parti.
Zaid bagaimanapun berkata serangan media terhadap dirinya tidak menjadi masalah seperti tanggungjawab wartawan kepada pembaca bukan kepada dirinya.
Beliau juga menegaskan, ia bukan masalah kepada sesiapa yang memiliki media itu.
Hari ini Zaid berkata larangan terhadap Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia tidak wajar.
“Polisi yang ada harus rasional,” katanya.
“Bagaimana dengan Berita Harian dan [New] Straits Times? Ini boleh diteruskan. Dengan siapa kita bercakap? Bagaimana saya keluar,” kata Zaid.
Persaingan bagi jawatan timbalan presiden parti semakin hangat apabila Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub masuk bertanding dengan memberikan tumpuan kepada perpecahan dan komitmen dalam parti sebagai fokus utama.
Azmin mendahului pencalonan bagi jawatan timbalan presiden apabila menerima 102 undi, diikuti Zaid 38 undi dan Mustaffa 17 undi.
Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor merupakan orang kepercayaan Anwar, Zaid pula popular di kawasan Timur Malaysia dan orang bukan Melayu.
Zaid menyertai PKR tahun lepas selepas ditendang keluar Umno akhir 2008.
PKR meminda perlembagaannya tahun lalu untuk mengadakan pemilihan parti menggunakan sistem satu ahli satu undi.
Kira-kira 400,000 ahli akan mengundi untuk memilih kepimpinan pusat mulai hujung bulan ini selama tiga minggu sebelum kongres khas parti hujung bulan depan.
PKR mempunyai 218 cabang dan dipecahkan kepada dua mesyuarat, satu mesyuarat agung tahunan dan pemilihan cabang, dan yang kedua ada pemilihan pusat.
Setiap cawangan akan mengundi untuk pemilihan pusat bermula dari 29 Oktober hingga 21 November.
Sharpshooter - Alahai Zaid..mengapa semakin hari semakin meraban? Kenyataannya yang sudi memberi laluan kepada Nurul Izzah jika Nurul Izzah bertanding Timbalan Presiden juga memang terlampau. Itu menyindir namanya.Lawan anda Azmin dan Mustaffa Kamil Ayub tetapi mengapa perlu semua kenyataan seperti ini keluar dari mulut anda bernama Zaid yang mahu bertanding Timbalan Presiden di ketika Rahimi tiba-tiba muncul?
Apa muslihat anda? Yang mana lebih utama? Parti atau diri sendiri? Tidakkah kita perlu bersatu bila ada musuh yang mahu menyerang dan manghancurkan parti? Bukankan lebih afdal jika kita bersatu ketika pilihanraya kecil Galas semakin hampir?
Sharpshooter bukanlah fanatik dengan mana-mana pemimpin pun tetapi apa yang lebih penting adalah kita tahu batas kita semasa kempen pemilihan. Tunjuklah kematangan kita berpolitik.
Contohilah AMK yang boleh berdebat antara calon Ketua AMK Pusat hingga dikagumi dan mahu dicontohi oleh UMNO. Beritanya di sini.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...Amizudin Ahmat (Din Binjai)http://sharpshooterblogger.blogspot.com/