Allah berfirman dalam surah al-Nur 24:11 -
“Sesungguhnya orang yang membawa berita bohong (palsu) itu adalah dari kalangan kamu juga. Janganlah kamu menganggapnya buruk bahkan sebenarnya ada kebaikan untuk kamu. Setiap orang akan memikul dosa perbuatannya. Manakala orang yang paling besar peranannya dalam hal ini dari kalangan mereka pasti akan mendapat balasan azab yang paling besar pula.”
Allah berfirman dalam surah al-An’am 6:144 -
“Siapakah yang lebih zalim dari orang yang melakukan pembohongan terhadap Allah untuk menyesatkan orang ramai tanpa ilmu pengetahuan. Sesungguhnya Allah tidak akan memberi petunjuk kepada golongan yang zalim”
Fitnah yang terlampau telah menyebabkan orang bukan Islam pun sudah hilang sabar...amat malang sekali ada sebahagian orang Melayu yang mengaku beragama Islam tetapi oleh kerana wang dan harta benda serta pangkat, mereka sanggup dan tergamak memfitnah sesama Islam seolah-olah Islam menghalalkannya.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/