Pengundi hantu, nama hilang dalam senarai SPR, pengundi ditukar ke tempat lain, pengundi POS adalah perkara yang selalu menjadi masalah besar bila tiba pilihanraya.
Masalah ini selalunya ditimbulkan oleh Pakatan Rakyat dan jawapan B-End yang kita sering dengar adalah "kalau SPR tipu masakan Pakatan Rakyat boleh menang". Jawapan yang sebenarnya untuk menutup penipuan SPR. Pakatan Rakyat tidak menuduh semborono tetapi disertakan dengan bukti.
Sedarkah kita, adakah SPR atau polis atau mana-mana pihak menjalankan siasatan ke atas semua laporan terhadap penipuan SPR? Yang kita dengar senarai nama telah dibersihkan dan sering berlaku nama penyokong Pakatan Rakyat yang dibersihkan bukan cakap kosong kita serah sekali bukti.
Ada kes nama pengundi macam iklan biskut 'sekejap ada sekejap tiada..now you see now you don't' Rakyat terpaksa semak selalu dengan SPR.
Bukankah SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) adalah agensi di bawah kerajaan. Sepatutnya setiap warga negara Malaysia yang berumur 21 tahun didaftarkan terus ke SPR dan mengundi mengikut alamat Kad Pengenalan. Bermakna rakyat tidak perlu berdaftar dengan SPR tetapi hanya perlu menyemak dengan SPR.
Apakah SPR pekak dan tuli? Rakyat tidak pernah lupa RM2.9 juta dibelanjakan untuk membeli 48,000 botol dakwat tidak mudah padam dari India tetapi pelaksanaannya dibatalkan kerana hanya berdasarkan 'KHABAR ANGIN'.
Satu dunia hairan melihat negara kita kerana sebelum ini kerajaan menasihat orang ramai jangan mendengar khabar angin tetapi SPR yang kelam kabut bila mendengar 'Khabar Angin' mungkin B-End akan kalah sebab itu penggunaan dakwat dibatalkan. Tidakkah ini menjadi bahan tawa satu dunia?
Musa Hassan, Gani Patail dan Rashid adalah pencacai B-end yang terpaksa bertindak kononnya 'khabar angin' Pakatan Rakyat mahu membawa masuk dakwat dan akan menangkap penyokong B-end kemudian terus celupkan jarinya..Tak masuk akal langsung.
Sebab itu rakyat marah hinggakan cat merah disimbah ke rumah Rashid pengerusi SPR ketika itu. Jangan salahkan rakyat bila rakyat marah. Rakyat sekarang bukan bodoh dan boleh diperbodohkan lagi.
Kepada pimpinan Pakatan Rakyat jangan abaikan terus tuntutan 'BERSIH' kerana sudah merasa selesa dengan pencapaian yang ada. Jangan pula nanti bila kalah baru mahu mulakan tuntutan 'BERSIH' semula.
Di ketika itu, rakyat pula akan berkata Pakatan Rakyat hanya tahu salahkan SPR bila kalah sahaja. Bila menang... tuntutan 'BERSIH' terus dicampak dalam tong sampah. Jangan biarkan rakyat menyampah.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/