Dari blog EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION
Banyak juga masa dihabiskan di depan laptop ini. Belum tulis apa-apa lagi cuma ralit sana dan ralit sini memikirkan apakah ayat yang membolehkan semua faham dengan solid bahawasanya, Lim Guang Eng dah cuba sedaya upaya untuk mengagihkan sedikit keuntungan dalam mentadbir negeri Pulau Pinang dengan telus dan penuh tanggungjawab.
Termenung jauh bila memikirkan, apalah dosa Lim Guan Eng apabila memilih untuk meraikan warga emas Pulau Pinang dengan membelanjakan sebanyak 10.7juta daripada jumlah RM20juta yang diperuntukkan.
Ketua Menteri Pulau Pinang boleh memilih untuk melambakkan keuntungan yang diperolehi oleh kerajaan negeri ke arah memperkukuh dan memperkuatkan cengkaman kuasa DAP di Pulau Pinang. Tetapi pemimpin yang menjadikan khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola ini memilih untuk berkongsi keuntungan dengan semua warga emas di Pulau Pinang yang mendaftar sebagai penerima.
YAB Guan Eng juga boleh memilih untuk menggelapkan segala keuntungan yang diperoleh kerana jumlah wang yang terlebih-lebih ini tidak wujud di zaman Barisan Nasional memerintah Pulau Pinang. Jika tidak, mungkin Guan Eng juga akan mempunyai sebuah istana yang berharga puluhan juta sepertimana yang dipunyai oleh bekas Menteri Besar Selangor.
Merujuk kepada apa yang dipaparkan dalam berita utama di buletin utama edisi 3 Oktober 2010, difahamkan sebanyak RM5500 telah dikumpulkan dalam satu majlis penyerahan kembali wang ehsan warga emas Pulau Pinang. Tiada apa yang saya harapkan dari berita seumpama ini melainkan untuk benar-benar pasti wang yang dipulangkan kepada UMNO itu harus terus diserahkan kepada pejabat perbendeharaan negeri P.Pinang bersama senarai warga emas yang memulangkan wang tersebut.
Adalah bukan satu masalah sekiranya warga-warga emas yang terpedaya dengan permainan UMNO ini memulangkan wang yang telah mereka daftar dan terima itu. Tetapi pastikan pemulangan wang tersebut perlu dikepilkan dengan senarai nama beserta tanda tangannya sekali.
Tujuan untuk mendapat detail dan pengesahan mereka yang memulangkan wang ini adalah untuk diusul periksa kesahihan pemulang wang tersebut dan menyenarai hitam dari menerima sebarang manfaat dari kerajaan negeri pada masa akan datang. Ia memandangkan terdapat segelintir melayu Pulau Pinang yang meragui hasil perolehan cukai kerajaan negeri tetapi tidak mempertikan hasil kerajaan pusat melalui Perdana Menterinya - cucu kepada pengasas Genting.
Saudara dan saudari, tahukah bagaimana wang RM100 ini dilayakkan ke atas seseorang?
Setiap seorang yang telah mencecah umur 60 tahun adalah layak sebagai penerima wang ehsan kerajaan P.Pinang dengan syarat, perlulah mendaftar terlebih dahulu sebagai tanda ingin mengambil bahagian sebagai penerima. Ini bermakna, mereka yang memulangkan wang tersebut adalah mereka yang telah meminta kemudian memulangkannya.
Justeru, permulangan wang ehsan tersebut walaupun tidak sepatutnya berlaku (kerana ia dimohon oleh warga emas tersebut), dan kerajaan Pulau Pinang perlu lebih tegas menyenarai hitam pemulang wang ehsan supaya pada masa akan datang, tidak ada lagi wang ehsan yang dipulangkan semula (kerana ia dimohon, bukan terus diberi oleh kerajaan negeri).
Berikut adalah apa kata DS Najib apabila menjawab soalan ahli parlimen dari Rasah iaitu YB Loke.
“untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada kerajaan... bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara.”
Dengan kata-kata Najib ini, maka sudah terang lagi bersuluh hasil cukai negara telah bercampur aduk dari yang halal kepada yang haram. Jadi apakah perbezaannya antara dua kerajaan ?
Di sini kita bukan mahu bicara akan halal dan haram duit cukai yang diperolehi, kerana sudah tentunya haram kalau tidak mengikut hukum fekah. Apa yang mahu kita bicara, dan wajib setiap di antara kita menyampaikan kepada warga emas yang kurang faham (atau buat-buat tak paham) betapa wang yang dihulur oleh kerajaan di atas nama saluran bantuan adalah harus diterima dan halal dibuat belanja.
Sekali lagi saya nasihatkan kepada kerajaan pimpinan Lim Guan Eng agar janganlah patah semangat untuk terus memberi bantuan kepada warga emas walaupun segelintir dari mereka memaling muka di sebalik tangan yang menadah. Seratus orang yang memulangkan berbanding 100ribu yang menerima adalah menunjukkan ia adalah satu usaha jahat UMNO memperkudakan warga emas yang menurut arahan.
Kepada kepimpinan Pakatan Rakyat, serangan bertali arus puak-puak gerobolan ini harus ditentang bersama-sama. Mobilisasikan satu pasukan untuk menyampaikan maksud sebenar pemberian wang ehsan ini dan pastikan setiap penerimanya faham, mengapa mereka tidak wajar memulangkan wang ehsan ini. Di manakah Hasan Ali bagi menjawab tohmahan tidak bertanggungjawab ini? Di manakah suara pemimpin Pakatan Rakyat yang lain terutamanya Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang? Di manakah Dr Mansor yang sepatutnya selalu berada di sisi Guan Eng dan mempertahankan bos nya ?
Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng digesa untuk menjadi lebih imune setelah beberapa tahun di asak oleh melayu yang tidak berapa melayu di Pulau Pinang, selagi apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah berada dalam landasan yang tepat bagi memartabatkan nasib rakyat.
Semakin Lim Guan Eng membantu rakyat, semakin kerajaan Pakatan Rakyat berbakti kepada rakyat, semakin itulah puak gerombolan tidak lekang membuat onar bagi menjatuhkan semua kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat, terutamanya kerajaan DAP Pulau Pinang kerana modal perkauman paling besar berada di Pulau Pinang.
Sumber dari EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION
http://edyesdotcom.blogspot.com/2010/10/apalah-dosa-seorang-lim-guan-eng.html
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kastam Pahang Rampas Rokok, Minuman Keras Bernilai RM1.6 Juta Dalam Tiga
Serbuan Di Johor Dan Selangor
-
*TEMERLOH*: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menumpaskan
aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
dalam tiga ...
1 day ago