SharpShooter Followers

Saturday, October 02, 2010

Mat Sembab tersembam di Galas

Datuk Mahfuz Omar menyifatkan tindakan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan tugas Pengarah Jentera Pilihanraya kepada Tengku Razaleigh Hamzah sebagai strategi bagi mengelakkan dirinya dipersalah jika Umno tewas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Naib Presiden Pas itu percaya tindakan itu menunjukkan Umno tidak yakin memenangi pilihan raya berkenaan dan Timbalan Presiden Umno cuba melindungi reputasi diri dengan melantik individu lain mengepalai kempen.

“Lazimnya, Timbalan Presiden Umno atau Timbalan Pengerusi Barisan Nasional atau Timbalan Perdana Menteri akan mengepalai jentera di satu-satu pilihanraya. Tetapi apabila berlaku di Parlimen Gua Musang, beliau menyerahkan kepada Tengku Razaleigh kerana tidak yakin menang.

"Kalau keputusan tidak memihak kepada Barisan Nasional, maka imej Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional itu akan tergugat," katanya kepada TV Selangor.

Mahfuz mendedahkan suasana poltik tidak menentu dalam Umno menunjukkan perkembangan dan kegelisahan di kalangan pemimpin dan ahlinya terhadap kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

"Jadi beliau mahu mengambil kesempatan ini, supaya beliau membina satu imej dan jika BN kalah pun bukannya kerana beliau, tetapi kerana orang lain. Jadi, masih ada ruang lagi untuk beliau mengepalai gerakan untuk menjatuhkan Najib," katanya.

Sebaliknya, beliau berkata, suasana Pas Kelantan yang diterajui Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berbeza lantaran terhadap perjuangan rakyat Kelantan sudah dibuktikan melalui sikap dan kesederhanaannya di dalam pentadbiran.

"Walaupun kita pernah menghadapi suasana persekitaran dengan hanya melebihi satu kerusi sahaja di Kelantan, tetapi kita mampu untuk bangkit dengan dokongan rakyat kepada Pas dan kepada Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata rakyat Kelantan tidak mudah bertolak ansur dalam isu royalty minyak yang dirampas kerajaan Umno BN sekian lama dan faktor ini dijangka menjadi elemen penting pada pilihanraya kecil DUN Galas.

"Rakyat kelantan tidak akan bertolak ansur dalam isu royalti. Ini dapat dilihat dengan komitmen dan kesungguhan kerajaan Kelantan,” katanya.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/