SharpShooter Followers

Tuesday, October 05, 2010

Bekas Ketua Menteri Melayu P.Pinang terlalu lembik

KUALA LUMPUR 4 Okt. - Penasihat Gerakan, Tun Dr. Lim Keng Yaik hari ini mengumumkan keputusannya melepaskan jawatan kerana kecewa dengan kepimpinan Presiden, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon yang gagal mengambil tindakan proaktif menyelesaikan banyak isu melibatkan parti itu.

Keng Yaik yang menyerahkan jawatan Presiden Gerakan kepada Tsu Koon pada April 2007 berkata, beliau akan menghantar surat peletakan jawatannya kepada ibu pejabat Gerakan esok.

Menurutnya, beliau mengambil tindakan tersebut kerana tidak berpuas hati dengan penggantinya itu yang menjauhkan diri daripada masalah walaupun telah diberi nasihat.

Tambahnya, beliau telah kerap menasihati Tsu Koon supaya berani menghadapi konflik dan menangani masalah dengan baik.

"Malangnya beliau tetap berkelakuan begini. Apa maknanya untuk saya menjadi penasihat parti ini? Maka, saya akan serahkan surat peletakan jawatan sebagai penasihat kepada ibu pejabat Gerakan esok.

"Apakah hala tuju parti ini? Mungkin pengunduran saya ini akan menyedarkan beliau. Apa gunanya memberi nasihat kepada seseorang yang enggan mendengar," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Konvokesyen Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di sini hari ini.

Menurut Keng Yaik, beliau juga kecewa terhadap Tsu Koon kerana tidak mahu menghadiri mesyuarat agung luar biasa (EGM) Gerakan di Pulau Pinang bagi menyelesaikan kemelut parti di negeri itu sebaliknya memilih untuk menghadiri mesyuarat agung tahunan (AGM) MCA.

Katanya, sikap Presiden Gerakan itu yang menjauhkan diri daripada masalah telah menyebabkan timbulnya kemelut dalam parti.

"Sebagai Presiden Gerakan, beliau (Tsu Koon) sepatutnya bertanggungjawab mengatasi masalah ini yang menyebabkan Gerakan menjadi huru-hara. Tetapi beliau memilih untuk menghadiri AGM MCA, bukan EGM Gerakan di Pulau Pinang. Di manakah keutamaan beliau?

"Saya tahu sikapnya (Tsu Koon) tidak suka melibatkan diri dalam sebarang konflik dan takut menyinggung perasaan orang lain, tetapi beliau tidak patut mengelakkan diri daripada krisis ini. Saya berasa terkilan dengan tindakannya," katanya.

Keng Yaik percaya EGM yang bertujuan menyingkirkan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan itu mempunyai udang di sebalik batu kerana terdapat dua pemimpin di Pulau Pinang mahu merebut jawatan berkenaan.

Beliau juga percaya EGM di Pulau Pinang merupakan titik permulaan kepada masalah dalaman Gerakan kerana 'dalang' berkenaan juga sedang menimbulkan masalah di Perak dan Selangor.

Pada 17 September lalu, sekumpulan ahli Gerakan Pulau Pinang menyerahkan 60 tandatangan untuk mendesak EGM diadakan bagi menyingkirkan Hock Nan.

Kumpulan itu mahu 393 perwakilan negeri membuang undi tidak percaya ke atas Hock Nan pada mesyuarat itu yang dijadualkan pada Ahad ini.

Mereka mendakwa Hock Nan perlu disingkirkan daripada jawatan yang dimenanginya pada pemilihan parti 2008 kerana tidak cekap.

Bagaimanapun Tsu Koon semalam berkata, beliau menghormati keputusan ahli akar umbi mengadakan EGM berkenaan dan berharap ia berjalan lancar, tetapi beliau tidak dapat menghadiri EGM itu kerana sudah berjanji menghadiri AGM MCA yang juga diadakan pada Ahad ini.

Sharpshooter :- Bekas Ketua Menteri Melayu P.Pinang, Ustaz Koh Tsu Koon terlalu lembik dan takut untuk membuat keputusan. Beliau dilihat gagal menangani masalah dalaman parti Gerakan tak cari tak makan.

Bayangkan jika Ustaz Tsu Koon diserang setiap hari seperti Guan Eng Ketua Menteri Cina diserang sekarang, pasti umno boleh jadi Ketua Menteri Melayu Tulen pertama di P.Pinang.

Tetapi apa yang berlaku sekarang adalah rupa-rupanya umno p.pinang adalah pembangkang terbaik jika dibandingkan dengan umno kedah, umno kelantan dan umno selangor kerana berjaya timbulkan isu fitnah dan serang Guan Eng setiap hari.

umno p.pinang sudah diberi peluang berkuasa di p.pinang selama lebih 50 tahun, tetapi mereka gagal jadi pemerintah yang baik tetapi umno p.pinang walaupun baru 2 tahun jadi pembangkang di p.pinang, mereka adalah pembangkang terbaik. Sehubungan dengan itu, maka amat wajar sekali umno p.pinang dikekalkan menjadi pembangkang.

Gerakan, mca dan mic sudah hilang di p.pinang. Mereka tak jadi pembangkang tetapi mereka memang sudah berkubur di p.pinang.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/