SharpShooter Followers

Wednesday, October 06, 2010

Mengapa umno membisu tentang wang judi RM2.3 Billion?



Guan Eng bertanya mengapa umno membisu bila ditanya tentang cukai judi berjumlah RM2.3 billion yang dikutip setiap tahun? Semua tahu bahawa wang cukai judi disatukan dalam akaun tidak diasingkan.

Akaun ini juga untuk membayar 1.2 juta gaji penjawat awam. Adakah duit ini juga haram diterima oleh penjawat awam?

Mengapa umno terus membuat tuduhan palsu dan memfitnah kerajaan negeri Pakatan Rakyat? Wang ehsan RM100 adalah hasil penjimatan kerajaan negeri P.Pinang.

Sharpshooter bertanya kepada pegawai yang terlibat dalam jabatan kewangan negeri tentang isu benarkah wang ehsan ini adalah wang judi?

Beliau memberi penerangan panjang lebar bahawa duit judi yang didermakan adalah hanya untuk warga miskin tegar bukan Islam sahaja dan wang itu memang kita asingkan dalam akaun Rakan Miskin Tegar (RAK) yang kita perkenalkan tahun 2008.

Sebenarnya hasil pentadbiran berjimat cermat inilah kerajaan mampu menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada warga emas melalui Program Sumbangan Warga Emas sebanyak RM100 dan RM1000 kepada yang sudah meninggal dunia.

Wang ehsan RM100 adalah kepada warga emas yang berusia 60 tahun dan kita tidak kira samada dia kaya atau tidak termasuklah juga mantan PM Pak Lah adalah layak terima wang ehsan RM100.

Menyedari Program RAK adalah inisiatif murni kerajaan negeri untuk membasmi miskin tegar, banyak pihak tampil untuk membantu kerajaan negeri dengan menghulurkan sumbangan mereka, termasuk daripada Kelab Lumba Kuda.

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, menyedari sensitiviti wang derma daripada Kelab Lumba Kuda untuk orang Islam, maka sumbangan tersebut telah diasingkan dan hanya digunakan untuk golongan miskin tegar bukan Islam.


UMNO memang penipu dari dulu kini dan selamanya...sian orang tua-tua kampong..asyik kena tipu sahaja dengan umno. Sejak bila UMNO insaf tentang wang judi? Bukankah umno yang sokong kuat judi bola? Bukankah umno yang serahkan Genting kepada taukeh judi?

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/