Gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berkata lebih 2,000 mahasiswa akan menggegarkan Umno-Barisan di pilihan raya kecil Galas nanti serta tidak akan patuh kepada arahan Menteri Pengajian Tinggi supaya tidak terlibat dalam PRK itu.
Malah SMM menyifatkan amaran awal yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Khaled Nordin untuk tidak membenarkan mahasiswa turun dan terlibat di dalam Pilihan Raya Kecil Galas sebagai arahan yang tidak masuk akal.
Setiausaha SMM Mohd Ridzuan Othman berkata arahan Menteri tersebut bukan mutlak yang perlu diikuti oleh setiap mahasiswa.
Malah katanya Khaled boleh mengeluarkan kenyataan serupa itu tetapi terpulang kepada mahasiswa untuk menilai dan melihat sendiri sistem politik di Malaysia dalam PRK Galas.
"Pertamanya kita seluruh Mahasiswa sering peka berkenaan dengan isu-isu semasa yang melingkari mahasiswa dan negara ini.
"SPR belum lagi bermesyuarat dan memutuskan tarik pilihan raya kecil Galas tetapi Menteri telah pun mengeluarkan arahan kepada mahasiswa supaya tidak turun ke Galas. Adakah Menteri sedang bermimpi di siang hari?" soal Mohd Ridzuan
Tegas Mohd Rodzuan suka atau tidak mahasiswa tidak akan tunduk kepada arahan sedemikian dan akan turun beramai-ramai ke Galas.
"Kami sahut cabaran Menteri yang sewenang-wenangnya ingin mengenakan Auku (Akta Universiti dan Kolej Universiti) kepada mahasiswa yang turun ke Galas.
"Saya juga ingin memberikan mesej jelas kepada Menteri bahawa mahasiswa bukan budak kecil yang boleh ditakut-takutkan dan kita anggarkan seramai 2000 mahasiswa akan turun ke Galas untuk hadir sebagai kuasa ketiga dalam masyarakat.
"Jika pilihan raya kecil yang lepas dan kini Galas, mahasiswa tidak dibenarkan hadir untuk mengundi dan menyertai sistem politik di Malaysia ini, ke mana mahasiswa akan lari apabila pilihan raya umum akan berlangsung jika semua kawasan di negeri ini menjadi ‘haram’ bagi mahasiswa kerana berlangsungnya pilihan raya. Adakah mahasiswa perlu ramai-ramai ke luar negara?" cabar Mohd Ridzuan.
SMM berharap Khaled menyemak semula Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan dan membezakan antara sistem politik dengan parti politik yang sebelum Menteri mengeluarkan sebarang arahan larangan terhadap pelajar universiti.
Sharpshooter :- Syabas anak muda mahasiswa, tahun 2010 adalah tahun kebangkitan anak muda mahasiswa.
Mahasiswa adalah golongan pewaris kepimpinan negara. Jika takut pada risiko, usah bicara soal perjuangan. Teruskan perjuangan, anda punyai hak untuk bersuara.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Presiden PAS kupas isu Syria, balah mazhab & gangguan seksual UM..
-
*Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengulas perkembangan isu
Syria pada Liqa' Fikri PAS Pusat di Bandar Baru Bangi, 14 Disember lalu.
(F...
9 hours ago