KUALA LUMPUR 1 Okt - Salah seorang pengasas Parti Keadilan Rakyat yang gigih dan komited, Abdul Kudus Omar meninggal dunia pada usia 70 tahun akibat serangan jantung hari ini.
Beliau meninggal dunia kira-kira pukul 11.40 pagi tadi di Institut Jantung Negara setelah dimasukkan ke Unit Penjagaan Intensif (ICU) sejak meinggu lalu.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Kudus pernah memegang jawatan Ketua Cabang Tanjung Karang sebelum memberi laluan pada pemilihan kali ini.
Ketika dihubungi Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata parti kehilangan seorang takoh yang banyak berjasa dan ikhlas kepada perjuanhgan parti sejak bermulanya era reformasi.
"Angkatan Muda amat merasakan kehilangan beliau. Saya menyeru ahli parti terutamanya yang baru menyertai KEADILAN supaya mencontohi semangat dan jiwa besar Pak Kudus dalam perjuangannya menegakkan keadilan di negara ini sejak awal lagi.
"Beliau boleh dikatakan sebagai salah satu butir mutiara dalam KEADILAN yang telah berjuang dengan penuh keikhlasan dan komitmen kepada nilai-nilai perjuangan," kata Shamsul.
Pak Kudus sebelum bersara daripada perkhidmatan kerajaan adalah Pegawai Penyiasat Cawangan Khas yang pernah bertanggungjawab menyoalsiasat Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketia beliau ditangkap pada awal tahun 1970an berhubung demonstrasi pelajar di Baling.
"Anwar Ibrahim seorang manusia hebat dan berjiwa besar. Sepanjang yang saya kenalinya, beliau adalah seorang insan yang amat konsisten dengan pendirian dan keyakianan perjuangannya," kata Pak Kudus kepada Suara Keadilan dalam satu temuramah semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan golongan soliheen dan muttaqeeen.
Al-Fatihah.
Sharpshooter :- Jika kita menonton video amanat Pak Kudus sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhir, amat terasa betapa jujur dan ikhlasnya beliau dalam perjuangan ini.Beliau sanggup melepaskan jawatan dan menyampaikan amanatnya pentingnya di sini. Pak Kudus menyampaikan amanatnya dengan penuh sayu, sebak, penuh terharu dalam linangan air mata keikhlasan perjuangan. Wasiatnya yang paling penting adalah jagalah parti ini baik-baik.
Sharpshooter amat berharap agar segala wasiat dan amanatnya mampu dipikul oleh penggantinya Hj Yahya Sahri yang juga merupakan Pengerusi Tetap AMK Pusat serta calon Naib Presiden Pusat.
Pak Kudus mengharapkan Anwar menjadi Presiden dan Wan Azizah menjadi Timbalan Presiden buat sementara waktu ini demi menjaga kestabilan parti. Adakah Anwar akan menyambut harapan terakhr Pak Kudus?
Sharpshooter ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga rohnya di tempatkan bersama-sama orang beriman..amin..Al-Fatihah..