SharpShooter Followers

Saturday, October 02, 2010

JPP diarah siasat kekecohan

Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) meminta Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) menyiasat dakwaan anggota yang melakukan keganasan, kekecohan dan tindakan liar lain yang melanggari Kod Tatalaku Pemilihan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, mesyuarat Biro Politik yang dipengerusiakan oleh Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah wan Ismail pada hari Rabu lepas, membuat ketetapan supaya siasatan dibuat berdasarkan klip-klip video bagi mengenalpasti ahli parti yang cuba menggagalkan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang dan pemilihan di beberapa buah Cabang.

"Jawatankuasa Pemilihan Pusat mempunyai kuasa untuk membuat keputusan serta mengambil tindakan displin berkenaan penglibatan anggota-anggota tersebut dalam proses pemilihan parti termasuk mengundi, menjadi calon mahupun berkempen," kata kenyataan itu.

Biro Politik akan juga mengkaji kes membabitkan mana-mana calon dan anggota yang memburukkan Parti serta pimpinan melalui media, selepas kalah dalam pemilihan.

Sementara itu Biro Politik menegaskan tiada arahan, aduan mahupun apa-apa keputusan yang telah diambil untuk sebarang tindakan disiplin terhadap Pengerusi Majlis Pimpinan Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim dan menyangkal fitnah dan maklumat palsu berkenaan perkara ini.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/