SharpShooter Followers

Tuesday, October 05, 2010

TKM 1 P.Pinang - bila nak ambil tindakan?

Dari Suara-Keadilan online

SHAH ALAM 4 Okt - Gabungan Kumpulan Wanita Bertindak Bagi Kesamarataan Gender (JAG) menggesa Kementerian Sumber Manusia menghentikan cadangan Bacaan Kedua di Parlimen berhubung pindaan kepada seksyen mengenai gangguan seksual dalam Akta Kerja yang dianggap amat tidak memuaskan.

Dalam satu kenyataan media Jumaat lalu JAG berkata pindaan-pindaan yang disyorkan tidak memberi perlindungan yang sewajarnya kepada mangsa gangguan seksual dan perlu kepada perundingan yang lebih terperinci.

"Apa yang paling merungsingkan adalah seksyen mengenai gangguan seksual telah mengalami pindaan yang amat kurang memuaskan, jika dibandingkan prosedur-prosedur yang sedia ada dalam Kod Amalan Pencegahan dan Pembasmian Gangguan Seksual di Tempat Kerja di mana Kementerian Sumber Manusia sendiri telah menggubal Kod Amalan tersebut pada tahun 1999.

"Justeru itu, kami akan mengemukakan permasalahan yang terkandung dalam pindaan-pindaan tersebut dengan jelas untuk renungan bersama,kata JAG.

Di dalam Kod Amalan Pencegahan dan Pembasmian Gangguan Seksual di Tempat Kerja gangguan seksual didefinisi sebagai:

"Sebarang tingkah laku berunsur seksual yang tidak diingini dan memberi kesan sebagai satu gangguan sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, psikologi atau fizikal; yang, atas sebab munasabah, boleh dianggap oleh penerima (mangsa) sebagai mengenakan syarat berbentuk seksual ke atas pekerjaannya; yang, atas sebab munasabah boleh dianggap oleh penerima (mangsa) sebagai satu pencabulan maruah, atau penghinaan atau ancaman terhadap dirinya tetapi tiada hubungan terus dengan pekerjaannya."

Bagaimana definisi gangguan di dalam cadangan pindaan S2(f) adalah seperti berikut:

"sexual harassment means any unwanted conduct of a sexual nature, whether verbal, non-verbal, visual, gestural or physical, directed at a person which is offensive or humiliating or is a threat to his well-being, arising out of and in the course of his employment.”

"Definisi yang sediada digunakan di bawah Kod Amalan Pencegahan dan Pembasmian Gangguan Seksual di Tempat Kerja adalah lebih menyeluruh dan telah diputuskan selepas perundingan teliti bersama pihak Kementerian Sumber Manusia, badan-badan bukan kerajaan serta kesatuan sekerja.

"Namun, definisi yang terkandung dalam pindaan terbaru tidak mengambil kira tanggapan mangsa yang mengalami penderaan seksual, sepertimana yang termaktub di dalam Kod Amalan. Seringkali, gangguan seksual dianggap sesuatu yang remeh, namun apabila terdapat garis panduan yang jelas, gangguan seksual dapat dikesan dan membolehkan pekerja atau majikan membuat laporan dan bertindak ke atas pelaku tersebut. Kami mendapati tiada sebab munasabah untuk mengubah definisi yang sudah diguna pakai dan lengkap," JAG mmebantah.

Badan itu mencadangkan agar definisi yang terkandung di dalam Kod Amalan sediada terus digunapakai.

Kata JAG lagi Akta Kerja hanya melindungi golongan pekerja-majikan secara terhad.

Namun, pada realitinya situasi pekerjaan melibatkan lebih ramai pihak seperti pekerja kontrak, juru runding, intern (pelajar praktikal), pelatih serta relawan yang tidak mungkin dilindungi oleh akta tersebut.

Ini juga termasuk sektor seperti kontrak dan sub-kontrak yang kini menjadi lumrah di tempat kerja terutamanya untuk golongan wanita, namun status perhubungan perkerjaan seperti ini tidak dirangkumi di dalam pindaan tersebut.

"Kod Amalan mampu meluaskan definisi gangguan seksual tempat perkerjaan kerana dapat meliputi situasi bukan-pekerjaan, contoh seperti sub-kontraktor diupah sebuah syarikat yang mengganggu pekerja syarikat tersebut atau pun perhubungan guru dengan seorang pelajar," kata JAG lagi.

Sehubungan itu JAG mencadangkan kementerian menggubal satu definisi yang dapat merangkumi pelbagai situatsi kerja agar setiap individu yang bekerja terlindung dari gangguan seksual.

Begitu juga dengan beban bukti yang masih terletak di atas bahu pengadu menjadikannya amat sukar untuk membuktikan niat pelaku.

Tambahan pula kata JAG, pengadu sering kali ingin gangguan tersebut dihentikan dari menyebabkan pelaku tersebut dijadikan penjenayah.

Satu alternatif adalah untuk mewujudkan peluang untuk pengadu memulakan tindakan sivil terhadap pelaku di mahkamah, namun kos yang tinggi menyebab ia di luar kemampuan pengadu.

Dalam hak ini JAG mencadangakan agar diwujudkan tribunal yang terdiri daripada individual yang mempunyai pengalaman dari segi perundangan serta kemampuan untuk menjalankan satu penyiasatan secara cepat dan tanpa terlalu banyak formaliti.

"Memandangkan gangguan seksual membebankan pengadu untuk membuktikan penderaan yang telah berlaku, maka konsep “keberangkalian imbangan” (balance of probability) harus digunakan untuk penyiasatan domestik dari menggunakan “Beyond Reasonable Doubt” seperti mana dilakukan dalam kes-kes jenayah," cadang JAG.

Dari segi prosedur aduan JAG berkata walaupun Seksyen 81B (1) dapat menangani penetapan satu prosedur pengaduan untuk gangguan seksual, pindaan ini tidak peka akan kerumitan yang dihadapi dalam pengaduan gangguan seksual, terutamanya hubungan 'tri-partite' di antara pengadu, pelaku dan pihak pengurusan.

Sehubungan itu kata JAG, mekanisma aduan harus menekankan situasi di mana pengadu dapat tampil ke hadapan tanpa takut atau bahaya ancaman.

Mekanisma juga harus mengambil kira situasi sensitif yang wujud apabila berlaku gangguan seksual dan member jaminan perlindungan kepada mangsa agar penyiasatan dapat dilakukan secara adil dan pengadilan dapat dicapai.

JAG juga menekankan mengenai proses penyiasatan di mana Seksyen 81B (5) meletakkan hak penyiasatan di tangan majikan.

Namun, ada keadaan di mana majikan yang menjadi pelaku.

Justeri itu, Seksyen 81B (5)(b) harus dimansuhkan agar segala pengaduan disiasat secara teliti.

"Bagaimana pula cara untuk memastikan aduan tersebut bukannya berniat buruk? Jika selepas penyiasatan tersebut majikan mendapati aduan itu sebenarnya tidak sahih, barulah kes tersebut boleh diketepikan," kata JAG lagi.

Kata JAG di bawah Seksyen 81B (7) Ketua Setiausaha Sumber Manusia berkuasa untuk menentukan penyiasatan dilakukan untuk aduan mengenai gangguan seksual.

Namun, hak untuk menentukan tidak seharusnya berada di tangan Ketua Setiausaha Sumber Manusia sahaja.

Satu badan bebas harus menentukan hal ini, sepertimana disarankan oleh pihak Empower.

Penyiasatan gangguan tersebut hanya satu cara untuk menangani masalah tersebut.

Matlamat Kod Amalan adalah untuk menentukan prosedur yang sewajarnya dilakukan. Petikan ini merujuk kepada matlamat Kod Amalan seperti di bawah:

“to ensure that adequate procedures are available to deal with the problem and prevent its recurrence. The Code thus seeks to encourage the development and implementation of policies and practices which will ensure a safe and healthy working environment in every place of employment where individual employees, irrespective of status or position, are treated with dignity and free from any form of harassment, humiliation and intimidation of a sexual nature.” [ http://www.mohr.gov.my/prevention.htm]

"Adalah penting diasaskan satu jawatankuasa gangguan seksual bebas yang meliputi pihak pengurusan dan pekerja dengan perwakilan gender yang saksama. Fungsinya adalah untuk menerima, menyiasat dan menyelesaikan aduan gangguan seksual, sejauh yang mungkin. Keputusan untuk menyiasat atau mengambil tindakan bergantung kepada pihak jawatankuasa tersebut.

Untuk memasukkan satu klausa yang memberi perlindungan yang lebih untuk mangsa. Sebagai contoh, Akta Anti Gangguan Seksual Filipina, 1995 (Republic Act No. 7877) yang menyatakan bahawa:

"When a member of the Committee is the complainant or the person complained of in a sexual harassment case, he/she shall be disqualified from being a member of the Committee."

JAG jug berkata penalti yang dikenakan di bawah Seksyen 81 C tidak membezakan keberatan kesalahan tersebut.

"Untuk kesalahan yang lebih ringan, penalti yang dikenakan haruslah berbentuk denda ataupun digantung kerja tanpa gaji. Tetapi untuk kesalahan yang lebih berat, termasuk kesalahan yang berulang, pelaku harus terus dibuang kerja.

Namun begitu, JAG berpuas hati dengan pindaan di mana pihak majikan juga dipertanggungjawabkan kerana gagal melindungi pekerja mereka dari gejala ini dengan denda sebanyak RM10,000.

Seperti mana tertera di bawah Seksyen 81D (3) berkenaan dengan Ketua Setiausaha Sumber Manusia menyiasat kes-kes di mana hanya pemilik tunggal terlibat, Seksyen 81E menentukan bahawa jika kesalahan itu dapat dibuktikan, kontrak pekerjaan dianggap tamat. Ini seharusnya diambil kira sebagai satu kesalahan dibawah Seksyen 81F sebagai satu bentuk hukuman kepada pemilik tunggal kerana mereka tidak menghadapi tindakan displin," tegas JAG.

JAG juga berkata sebilangan negara mensyaratkan latihan pencegahan dan pembasmian gangguan seksual sebagai satu langkah untuk mencegah gangguan seksual di tempat kerja. Kajian menunjukkan ini dapat membantu menurunkan kemungkinan kejadian gangguan seksual berlaku.

"JAG mencadangkan untuk memasukkan satu klausa mandatori untuk menjalankan latihan pencegahan gangguan seksual setiap tahun untuk semua pekerja untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu ini, mencegah berlakunya gangguan seksual, menjelaskan prosedur yang sewajar, memperkasakan pekerja mengenai hak mereka serta membangunkan cara memberi pendedahan secukupnya mengenai isu ini.

"Justeru itu, kerajaan tidak harus mengenalkan pindaan atau perubahan yang tidak berkesan, dalam menangani masalah gangguan seksual kerana pengadu-pengadu tidak mungkin mendapat pengadilan malah akan takut untuk tampil ke hadapan untuk membuat pengaduan," ujar badan itu.

JAG berkata badan itu sudah menuntut Rang Undang-Undang Gangguan Seksual sejak tahun 2000.

JAG juga mendesak pihak kerajaan mengubal satu Rang Undang-Undang Gangguan yang komprehensif agar setiap individu diberi perlindungan yang cukup serta dapat mewujudkan tribunal khas yang diberi kuasa untuk menyiasat serta mengambil tindakan displin yang sewajar.

Sharpshooter :- Sekadar peringatan kepada TKM 1 tentang segala bukti kes gangguan seksual pegawai kerajaan dan laporan polis telah sharpshooter serahkan tetapi hingga kini tiada tindakan di ambil. Harap dapat ambil tindakan segera.

Jika guna TV3, dikatakan ahli parti tidak mahu guna saluran dalaman tetapi sebenarnya ahli sudah guna saluran dalaman tetapi inilah hasilnya.
Laporan secara dalaman telah pun diserahkan bulan Jun tetapi hingga kini sudah bulan Oktober, tindakan masih belum diambil. Sharpshooter serah bahan bukti di sini.

E-mel juga telah dihantar sebanyak 3 kali bersama kronologi kes tersebut, jawapan dari Pejabat Setiusaha Kerajaan Negeri telah sharpshooter terima pada 28 Jun 2010 tetapi hingga kini tindakan tidak boleh diambil kerana kata mereka TKM 1 suruh tangguh. Apakah ini benar?


Sharpshooter tiada niat mahu keruhkan suasana cumanya yang benar katakan benar walaupun pahit. Janganlah pula yang buat tidak salah tetapi tukang lapor pula yang bersalah.


Setinggi-tinggi rasa hormat kepada Guan Eng yang sanggup terpenjara kerana membela gadis Melayu yang menjadi mangsa pemimpin umno.
Dalam kes ini, yang jadi mangsa juga adalah Melayu. Takkan nak tunggu Guan Eng membela pula, mana nak letak muka TKM 1? Semoga tindakan segera dapat diambil, "Keadilan yang dilewatkan adalah satu kezaliman"

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/